Saturday, January 26, 2019

RIYADH DEC 2018

School Holiday..My girls Alya dan Asma balik bercuti ke Udhailiyah buat pertama kalinya dari Malaysia. Mereka berdua masih meneruskan pengajian di sekolah masing-masing dan tinggal di asrama. Asma bercuti sebulan dan Alya hanya tiga minggu sahaja. 
They travelling all the way from Malaysia to Dammam, SA. Travelled alone sebab tarikh start cuti tak sama.
Sebagai ibu, hati saya tidak tenang. Hanya mampu berdoa semoga Allah melindungi dan memudahkan perjalanan mereka.
Kami sentiasa berhubung dan meminta keduanya sentiasa update travelling status. Lebih-lebih lagi, Oman Air flight  akan transit di Muscat, Oman. My Alya and Asma tidak sedikit pun menunjuk rasa takut atau risau, malah sentiasa mendengar suara yang ceria...Sedikit sebanyak meredakan kebimbangan dalam hati saya. Mungkin ini antara hikmahnya sebab dari kecil mereka sudah dibiasakan travel dan berurusan sendiri di airport dengan pemantauan kami sebagai parent. Dan kini mereka melalui perjalanan ini sendirian.
Alhamdulillah.. Perjalanan mereka lancar . Thank You Allah.


Bila anak-anak ada bersama, baru kami plan bercuti bersama..kami ke Riyadh. Memandu ke Riyadh selama 3 jam dari Udhailiyah. Dan bermalam di sana. 

Melawat Al Masmak Fortress Museum






Replika Al Masmak Fortress


Souq Al Thumairi. 


Al Masmak museum terletak dalam bandar Riyadh. Al Masmak di bina pada tahun 1865. Ia adalah sebuah kubu terbesar di dalam Riyadh satu masa dahulu. Di dalam Arabic word, Al masmak itu bermaksud a strong and fortified building. 
Al Masmak museum ini bersebelahan dengan Turki Bin Abdullah The Grand Mosque dan Souq Al Thumairi. (Souq=pasar=market) Maknanya di sini pelawat boleh melawat 3 tempat sekaligus dalam satu masa.


Turki Bin Abdullah The Grand Mosque 

Kawasan luar Turki Bin Abdullah The Grand Mosque 

Jalan-jalan dalam Granada Mall
Pada malam itu kami menyaksikan persembahan theatre Toruk The Avatar di dewan khas bersebelahan dengan Granada Mall.

sempat minum di luar dewan sebelum persembahan bermula

with love of my life





Ini adalah persembahan theatre yang pertama kami sekeluarga tonton bersama. Sangat menarik dan puas hati.

membawa anak-anak ke sini, memberi pengalaman yang menarik sekali kepada kami. 

Kingdom Tower Centre Riyadh

Dari atas kami boleh melihat keseluruhan bandar Riyadh

302.3m skyscraper in Riyadh. Bangunan yang sangat unik.
Malam tu kami singgah dinner di Korea Palace. Melepas rindu dengan korean food.
Beef Bulgogi nya sangat sedap. Yummy !

Perjalanan pergi dan balik di sajikan dengan pemandangan kosong begini. 😐

Sesekali nampak Mr Camel tepi jalan... kena perlahankan kereta. 

Sekian . 

Riyadh
Dec 2018




No comments:

Post a Comment