Thursday, November 1, 2018

Akmal Dan Sekolah Baru


Setelah  seminggu berehat di rumah, akhirnya Akmal memulakan persekolahannya di Udhailiyah School pada awal minngu ini. Pada awalnya kami plan nak masukkan Akmal dengan segera ke sekolah agar dia tidak ketinggalan namun beberapa prosedur sekolah harus kami patuhi antaranya melengkapkan beberapa vaksin imunisasi. 

sempat baca story book dulu sebelum kena cucuk dengan nurse

wajah ceria di  hari pertama persekolahan
with Miss Trista yang banyak membantu menguruskan kemasukan akmal di Udhailiyah School

Falcon Pride

Kawasan sekolah sentiasa yang cantik kehijauan

Di sini akmal naik basikal saja ke sekolah. InshaAllah kawasan  kejiranan  disini selamat.


Akmal pergi ke sekolah 7.30 pagi. Jarak rumah dan sekolah dekat sahaja.  Sekolah akan berhenti rehat untuk lunch pada jam 11.45 pagi. Masa ni, students dan guru masing-masing balik ke rumah untuk makan tengahari bersama keluarga. So masa ni sempatlah akmal makan dan menunaikan solat zohor di rumah. Kelas akan bermula lagi 12.45pm hinggalah tamat pada 3 petang.


Curiculum Amerika digunakan di sekolah ini so dalam kelas pelajar terdiri dari macam-macam bangsa dari negara-negara lain. Setakat ini hanya Akmal seorang budak Malaysia dalam grade 5. Alhamdulillah, anak-anak ini mudah saja berkawan. Everyone welcome him with open arms.

Udhailiyah
1 Nov 2018





No comments:

Post a Comment