Thursday, December 28, 2017

FAMILY VACATION... NISEKO, HOKKAIDO

Kenangan bercuti bersama ahli keluarga di Hokkaido sangat indah sekali.
Percutian family ini dirancang hampir setahun. Flight ticket di cari melalui website cheapflight.com . Dapat tiket yang murah tetapi terpaksa transit dua kali. Di bangkok dan osaka sebelum ke final destination iaitu Chitose Airport di Hokkaido.


Suvarnabhumi Bangkok Airport


10 Dec 2017
Transit 5 jam di Bangkok Airport. Flight kami berlepas 10.55 malam dengan Japan Airline ke Kansai. Kelebihan menggunakan flight malam ni sebab kita boleh tidur.  Jadi penerbangan berjam-jam pun tidak terasa. Kami sampai di kansai pukul 6 pagi.


Yang bestnya, dalam kansai airport ni ada kedai makan yang halal, so pagi itu kami breakfast di sini.



Kansai Airport.

 Penginapan pula, sengaja saya pilih di Niseko. Antara faktor kenapa Niseko, sebab sebelum ni saya pernah bercuti di Niseko dan juga pada hujung tahun, Niseko menerima taburan powder snow yang tinggi. Hajat adik-adik saya dan ahli keluarga mereka ingin melihat snow turun. Allah makbulkan, malahan setiap hari snow turun sepanjang kami di sana. Di Niseko, Kami menyewa rumah Yutaka Townhouse yang ditempah melalui website SkiJapan Experience.com.


Yutaka Townhouse


Belakang rumah.


11 Dec 2017
Japan Airline yang membawa kami landing di Chitose Airport pada pukul 11.30 pagi. Kami mengambil kereta sewa dengan Nissan. Seperti biasa, Nissan X-Trail jadi pilihan. Dua buah kereta untuk 9 orang. Kereta ini sudah ditempah awal-awal secara online semasa di Malaysia lagi.
Sebelum memandu ke Niseko, kami menunaikan solat jama zohor dan asar terlebih dahulu di Chitose Airport. Prayer room disediakan di 2F International terminal building.


Nissan X-Trail

kami memandu sejauh 110km ke Niseko. Sepatutnya perjalanan mengambil masa 2 jam sahaja tetapi kerana pada musim winter dengan jalan yang basah dan bersalji, kami terpaksa memandu perlahan dan berhati-hati. So perjalanan mengambil masa hampir 3 jam.


Pemandangan yang indah . Sebahagian besar tanah Hokkaido sudah ditutupi salji.

Sampai di Niseko, kami check in di pejabat SkiJapan terlebih dahulu dan kemudian staff nya membawa kami ke rumah penginapan yang dekat saja dengan pejabat SkiJapan.
Ketika sampai di Niseko, cuaca sangat baik walaupun bandar kecil itu sudah putih ditutupi salji. Petang itu juga kami memandu ke bandar Kutchan yang hanya 15 minit dari Niseko. Kami singgah di Supermarket Maxvalu untuk membeli makanan seperti nasi segera, telur, minyak, sayur dan seafood. Kami memasak sendiri di rumah penginapan.


12 Dec 2017


Beranda belakang dipenuhi salji
snow mula turun...agak lebat

Bangun dari tidur, Snow turun. Semua happy . Selesai minum pagi, kami semua bermain-main di belakang rumah sambil menikmati snow turun.


Kami


happy time



Selepas puas bermain snow, kami berjalan kaki sahaja ke kedai souvenir yang berdekatan.


Dalam Sakura, satu-satunya souvenir shop yang ada dalam niseko.


Salji semakin lebat turun dengan angin yang kuat
Adik dan isterinya. Sempat singgah di rental shop untuk menyewa snow shoe. 




main snow shoe belakang rumah. 

Tengahari itu, kami cuba memandu keluar tetapi terpaksa patah balik. Snow turun semakin lebat dengan angin yang kuat. Dari dalam kereta, penglihatan ke jalan agak terbatas.


Masa nak keluar rumah, sajli turun makin lebat dan gambar pun bertompok putih jadinya.

Akhirnya kami terperangkap sahaja di dalam rumah. Sambil memerhati snow turun di tepi jendela. Inilah situasi sebenar yang penduduk local di sini hadap setiap kali musim sejuk tiba.


13 Dec 2017


Keadaan kereta setiap pagi

Snow masih lagi turun. Tetapi tidak selebat seperti semalam. Kami berjaya memandu ke Niseko Village yang hanya 20 minit dari penginapan kami.





sepanjang jalan melihat suasana putih.

Niseko Village ini bersebelahan dengan Niseko Hilton Hotel . Niseko village ini ialah deretan kedai kayu . Kawasan  ini kecil sahaja.









Di Niseko Village ini, kami mengambil gondola untuk naik ke level 970m Mount Yotei.  Bayaran menggunakan gondola ini ialah 1800 yen untuk dewasa dan 1300 untuk kanak-kanak. Perkhidmatan Gondola dan Skylift ini disediakan kepada peluncur ski . Tidak ramai pelawat naik ke atas Mt Yotei . Biasanya yang naik adalah mereka yang ingin meluncur dari atas Mt Yotei. tetapi kami naik juga. If not now...when kan..? Bukan senang nak dapat pengalaman begini. Frozen  di atas gunung.


Di atas Mt Yotei. 970m dari paras laut

Seterusnya kami meneruskan aktiviti snowmobile dan snowtube di Hanazono. Jika sebelum ini saya sekeluarga pernah ber snowmobile menggunakan khidmat White Isle. Ketika itu, tandem hanya dibenarkan kepada kanak-kanak bawah 12 tahun. Tetapi di Hanazono, tandem dibolehkan kepada orang dewasa kerana Snowmobile yang kami guna lebih besar cc nya. Bayaran untuk bermain snowmobile ialah 7000yen untuk single dan 11000yen untuk tandem.







Dalam daerah kecil Niseko ini, satu-satunya kedai halal yang ada ialah food truck  Taj Mahal. Sesekali kami singgah di sini. 




kalau nak convert ke RM, memang tak beli lah..mahal sangat.

14 Dec 2017 

Yutaka Townhouse kitchen

Seawal jam 7.30 pagi kami sudah bergerak dari rumah menuju ke  Noboribetsu. Sebelum itu, kami yang perempuan ni main masak-masak selepas subuh. Memasak untuk bekalan makan tengahari. Hampir 2 jam juga memandu dari Niseko ke Noboribetsu. Tempat pertama kami singgah ialah Jigokudani Hell valley. 



Jigokudani Hell Valley

Tiada bayaran masuk dikenakan kepada pelawat. Ia seolah taman awam. Jidokudani ialah kawasan di mana kawah ledakan hasil dari aktiviti letusan gunung berapi suatu masa dahulu. Bau sulfur yang busuk boleh dihidu di kawasan ini. Walaupun pada musim sejuk, asap-asap dari kawah masih boleh kelihatan lagi.



 attractive walking trails through the wooded hills 

Dari Jigokudani Hell valley, kami pergi pula ke Marine Park Nixe. Mengambil masa 13 minit memandu untuk sampai ke situ.


Noboribetsu Marine Park Nixe
Di situ tiket masuk dikenakan kepada pelawat. Harga tiket lebih murah jika kita memilih untuk melawat 2 tempat. Pilihan yang diberi ialah Marine Park, Date Jidaimura dan Zoo Bear. Kami memilih Marine park dan Date Jidaimura dengan harga 4400 yen for adult dan 2300 for child.
Masuk saja dalam kawasan Marine Park Nixe, orang ramai sudah mula mengambil tempat untuk melihat penguin parade. Kami pun sama-sama mencari posisi yang baik untuk melihat penguin dengan lebih dekat. 


Tepat jam 11 pagi, penguin pun keluar. Comel-comel semuanya





Selepas itu kami meronda-ronda dalam kawasan Marine park dan masuk ke dalam bangunan ala eropah. 


Masa untuk Dia tetap ada walau di mana saja berada

Selesai solat di perkarangan letak kereta, kami bergerak menuju ke Date Jidaimura . Masih dalam daerah Noboribetsu. Jarak antara keduanya pun dekat sahaja. 


perkarangan ninja village

kami bergambar dengan pelakon ninja

menonton ninja show

Date Jidaimura ialah history theme park highlighting the Edo Period. Sampai-sampai saja kami terus masuk dewan untuk melihat ninja show. 
Kami makan tengahari  sebaik saja ninja show tamat.  Salah satu cabaran melancong dalam musim sejuk ialah perut cepat sangat lapar. Sebab itu dinasihatkan membawa makanan manis seperti coklat ketika berjalan-jalan.


Lunch...walaupun makanan dah sejuk, kami tetap berselera. Lapar punya pasal



Telatah adik yang sentiasa menceriakan percutian ini


Dalam perjalanan pulang ke Niseko, kami singgah di Rusutsu Resort.
Malam itu kami  dinner di sebuah restoren yang halal dalam Rusutsu resort.


15 Dec 2017
Pagi ini kami keluar agak lewat dari kelmarin sebab tempat yang nak dituju tu tak jauh dari Niseko. Mount Usu  ialah gunung berapi yang masih aktif dan terletak di Shikotsu-Toya National Park.  59km dari Niseko. Untuk naik ke Mt usu, pelawat boleh menggunakan ropeway dan dikenakan bayaran sebanyak 1500 yen untuk dewasa dan 750 yen untuk kanak-kanak. Dari Showa Shinzan station hanya mengambil masa 6 minit saja untuk sampai ke atas Mt Usu. Kemudian pelawat boleh berjalan kaki di laluan yang disediakan untuk sampai di atas sekali. 


Dalam Usuzan Ropeway



Lake Toya

Di atas Mt Usu
Dari atas MT usu, pemandangannya sangat indah sekali. Lake Toya juga dilihat dari atas ini. Gunung berapi ini pernah meletus sebanyak 4 kali bermula dari tahun 1910 sehinggalah kali terakhir ia meletus sekitar tahun 2000. Banyak kerosakan yang melibatkan bangunan di sekitar kawasan ini.  Antaranya ialah sebuah hospital dan dikekalkan hingga ke hari ini . Kawasan ini dijadikan eruption remnants park. Namun kami tidak berkesempatan melawat ke situ disebabkan ianya ditutup semasa winter.



Kami juga singgah di tepi lake Toya. Lake toya ini tidak pernah membeku airnya walaupun pada musim winter.                       


Di tepi Lake Toya


16 Dec 2017
Setelah 6 hari 5 malam berada di Niseko, hari ini kami berangkat pulang. Pulang bersama seribu kenangan dan pengalaman manis di daerah kecil Niseko.


Good bye Niseko. You'll be missed

Flight kami akan transit di Haneda Airport. Kami tidur semalam di sebuah hotel yang dekat dengan Narita Airport kerana penerbangan pulang ke Malaysia keesokan harinya  melalui Narita Airport.


Di Haneda Airport, kami menggunakan khidmat limousin bus ke Narita Airport.

Beratur menunggu bas. Bas tiba dan bergerak dari situ on time.


Sempat sarapan pagi di sebuah restoren halal La Toque di Narita Airport

Sesungguhnya kenangan bercuti dengan family ini adalah yang amat indah sekali. Pada awalnya kami berdepan dengan dua dugaan . Salah ejaan nama. Tertinggal salah satu huruf. Agak membimbangkan. Mujurlah dapat diselesaikan oleh staff airline. Kemudian ketika transit di Kansai, beg adik pulak hilang. Terpaksa kami membuat report kehilangan salah satu beg. Namun akhirnya sebelum kami berlepas ke Hokkaido, beg itu kami dapat semula setelah dibawa oleh flight yang lain. Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan kami.  Tamat kisah percutian kami sekeluarga. Sehingga kita berpeluang bercuti bersama lagi. 













2 comments: