Monday, February 20, 2017

Sapporo Snow Festival 2017



AirAsia Go
Departure : 9 Feb 2017, 11.30pm
Arrival : 10 Feb 2017 , 8.30am
Hotel : APA Hotel Sapporo Ekinishi

Day 1 - Mt Moiwa and Susukino Site (ice world)
Day 2- Tsudome Site and Odori Site.
Day 3- Bye-bye Hokkaido....I'll be back

http://www.welcome.city.sapporo.jp/event/winter/sapporo_snow_festival/?lang=en

Odori Site

Mt Moiwa

Susukino And Tsudome Site





Wednesday, January 4, 2017

Backpacker Korea Family Group

15/12/2016
Day 1

Hari yang ditunggu pun tiba. Percutian bersama keluarga lagi. Cuma kali ini , adik dan isterinya tak dapat join kami kerana mereka ada urusan yang lebih penting. Mr Suami juga tak dapat bersama kerana masih bekerja lagi... flight tiket burn lagi. ­čśó

Percutian ala backpacker ini bukanlah main redah saja. Banyak perkara yang harus di study terutama pengangkutan awam. Untuk tempat tinggal kami memilih apartment 2 bilik yang ditempah melalui website HomeAway. Apartment tersebut tidak jauh dari Seoul Station. 

Kami menaiki penerbangan Air Asia pada pukul 8 pagi dari KLIA2 dan tiba di Incheon International Airport pada pukul 3.20pm.
Dari airport kami menaiki Express Train AREX ke Seoul Station. Ianya perjalanan tanpa henti selama 43 minit. Sebelum itu kami juga membeli T-money card di kedai seven eleven. Kegunaan kad ini untuk turun naik subway. Ala-ala kad touch n go. Kena top up kalau nilainya sudah berkurangan.  
Petang itu kami Check In di aparment dan berkenalan dengan tuan punya rumah ,  Tuan rumah yang saya panggil Junsik sangat mesra orangnya . Jika ada apa-apa masalah berkaitan rumah, saya hanya menghantar whatsapp kepadanya dan beliau akan reply dengan serta merta. Apartment tersebut dilengkapi dengan wifi, washer, dan dapur so memudahkan kami untuk memanas makanan yang dibekal dari rumah.. 

Sangat selesa untuk kami enam orang

Malam tu dengan menggunakan perkhidmatan subway, kami pergi ke Namdaemun market. Malangnya ketika kami sampai, sudah banyak gerai ditutup. Hanya beberapa buah yang masih dibuka.  Hanya membeli sedikit buah tangan dan kemudian kami balik semula ke penginapan. Malam ni kami kena tidur awal sebab esok pagi kena bangun awal lagi . 
Snow belum turun lagi di bandar seoul. Namun kesejukkan malam tetap dirasa hingga ke tulang.

Day 2
16/12/2016

Hari ini kami akan bermain di luar bandar seoul. Seawal jam 7.15 pagi kami menaiki subway ke Cheongnyangni station. Di Cheongnyangni station kami mengambil ITX train (non stop) ke Gapyeong Station. Tiket ITX train ni sudah dibeli awal-awal di Malaysia secara online. Just print the receipt and bawa receipt tu ke kaunter untuk ditukar kepada tiket yang ada nombor seat. Tercari-cari juga kami kaunter tiket ITX ni...rupanya dibahagian atas sebelah kiri. Perjalanan ke Gapyeong station mengambil masa 41 minit. 

Dalam ITX Train
Di Gapyeong ini, kami merancang untuk pergi ke Gapyeong Railbike Park dan Nami Island. Dari Gapyeong station kami menaiki taxi ke Gapyeong Railbike Park. Tambang untuk taxi ialah 3500 won. Tiket untuk Rail bike ini juga sudah dibeli awal-awal secara online. Harga untuk 4 seater bike ialah 35000 won. Kami mengambil 2 buah bike dan mengayuh sejauh 40 minit pergi dan 40 minit balik.

Gapyeong Rail Bike park

Selesai bermain di Gapyeong Railbike kami menaiki taxi ke wharf Nami Island. Untuk pergi ke Nami Island kena naik ferry lagi. Bayaran untuk masuk ke Nami Island ialah 8000 won .
Kali pertama saya ke Nami island ialah pada tahun 2008. Memang sangat jauh perbezaannya dulu dan sekarang. Banyak restoren didirikan untuk pelancong dan restoren halal juga ada. Malah musola yang selesa terletak di atas Asian Restaurant.

Nami Island
Menjelang petang kami balik semula ke bandar Seoul dengan ITX train lagi. Cuma kali ini kami membeli tiket ITX di kaunter dan tiada seat lagi. Kami hanya berdiri dan duduk di tangga atau lantai sepanjang perjalanan. kenangan yang agak lucu bila dikenang semula.


Day 3
17/12/2016

nasi goreng telur...sarapan pagi hari ketiga

Jadual hari ini agak padat. Seawal jam 9 pagi kami sudah keluar dari rumah. Hari ini saya membawa mereka berjalan-jalan di dalam seoul...melawat tempat yang biasa pelancong pergi bila berada di seoul. 
Tempat pertama yang kami lawati ialah Cheongyecchuan stream. Dari seoul Station kami menaiki subway ke Jonggak Station..dan keluar melalui exit 5. ( pintu keluar masuk di setiap station memang dah study awal-awal) Dari situ kami terus berjalan menuju ke Cheongyechuan stream.

Cheongyecheon Stream 
Kemudian kami menuju ke Gwanghwamun Square. Just jalan kaki saja sebab sangat dekat. Di Gwanghwamun suare ada statue of King Sejong dan Admiral Yi Sunshin.

Gwanghwamun  Square
Kami menyusuri Gwanghwamun Square sehingga tiba di depan Gyeongbukgong Palace. Di sini pelawat dikenakan bayaran sebanyak 3000 won untuk dewasa dan 1500 won untuk kanak-kanak.
Gyeongbukgong Palace
Di Gyeongbukgong palace kami berpeluang menyaksikan acara changing guard ceremony ala-ala di zaman Dynasty Joseon dengan pakaian tradisional pengawal istana.

Taman di dalam Gyeongbukgong palace

Selesai di Gyeongbukgong palace, kami menaiki subway dari Gyeongbukgong Station menuju ke Dongnimmun station. Destinasi seterusnya ialah Soedoemun Prison yang sudah dijadikan muzium . Soedoemun prison dibangunkan oleh pihak Jepun pada tahun 1907. Di sini mereka menempatkan rakyat korea yang berani menentang Jepun .

Bayaran untuk masuk ke sini ialah 3000 won untuk dewasa dan 1000 won untuk kanak-kanak



Di dalam memorial hall.. di belakang kami wajah-wajah tahanan jepun pada setiap sudut dinding.

Dari Soedomun Prison ini, kami menaiki subway ke  Anguk Station. Dan berjalan kaki ke Insadong Ssamziegil sebuah market tradisional yang agak unik rekabentuknya.

area Insadong 
Insadong Ssamziegil market

Pada musim sejuk, waktu zohor pun masuk awal juga. Kawasan ini tiada tempat untuk solat, so kami balik semula ke apartment di Seoul Station untuk lunch dan solat jama zohor asar. 

Sebelah petang kami keluar lagi. Dari Seoul station kami menaiki subway menuju ke Chungmuro station. dan dari situ kami berjalan kaki ke Namsan Hanok village. Sebuah perkampungan yang terkenal dengan rumah-rumah tradisoinal  zaman dahulu. Masuk di sini ialah percuma.

Photo from google

Namsangol hanok village


Pada sebelah malamnya kami meronda-ronda di Myeondong street yang famous dengan street food, kosmetik dan pakaian.

berjalan di myeondong street

semua dah kelaparan masa ni.


Myeondong yang happening di malam hari

Dinner di restoren safron . Halal dari Pakistan. lepas makan, kami pun balik ke apartment. Masa ni semua dah penat..
Day 4
18/12/2016

Sarapan kami pagi ini, mee goreng sedap, telur goreng dan kari ayam brahim.

Seperti kelmarin, pagi ni kami keluar seawal 9 pagi. Menaiki subway dari Seoul station ke Chungmuro Station. keluar melalui exit 2 dan menunggu bas di bus stop yang berdekatan pintu exit 2. Pagi ni kami akan ke Namsan Seoul Tower. 

Dalam bas ke Namsan Seoul Tower
Namsan seoul tower setinggi 236.7 meter terletak di atas gunung namsan (243m) . Warga tua korea ramai beriadah di sini pada hujung minggu. Pemandangan bandar Seoul di bawah sangat indah.
Berada dan berlegar-legar di ruang bawah menara adalah percuma. Bayaran dikenakan kepada mereka yang naik ke atas untuk observatory.

Semasa kami tiba di sini, pelawat belum ramai so seronoklah ambik gambar tanpa pemandangan orang di belakang.

Salah satu cara untuk naik ke Seoul Tower ini ialah dengan cable car. Bayaran untuk cable car ilah 8500 won sehala untuk dewasa dan 6000 won sehala untuk kanak-kanak. So better ambik bas kerana lebih jimat. Save your won. 
Turun dari sini pun kami menaiki bas lagi dan meneruskan perjalanan ke Samgakji Station. Keluar melalui exit 12 dan berjalan terus hingga sampai di War Memorial. Masuk di sini adalah percuma.

War Memorial
"THE NOBLE SACRIFICE OF HEROES WHO DEDICATED THEIR LIVES TO THE COUNTRY WILL BE REMEMBERED FOREVER AS A RAY OF LIGHT"

Selesai di War Memorial kami menaiki bas ke area Itaewon. Di sinilah Seoul Central Mosque. Kawasan Itaewon ini dikenali sebagai tempat foreigner. Deretan kedai-kedai makan halal ada di sini. 

Seoul Central Mosque

Alhamdulillah..kami sempat menunaikan solat jama zohor asar di sini
Selesai makan tengahari di restoren Salam.
Ehwa Women University

Dari Itaewon, kami ke Ehwa Women University.  Didirikan pada tahun 1886. Ianya adalah private universiti yang berprestij tinggi di Seoul.  Seni reka bangunannya lebih kepada western.. Pelawat boleh bersiar-siar di taman luar universiti ini.. kami menghabiskan masa di sini kerana malam itu adalah hari terakhir kami di Seoul.


Day 5
19/12/2016

Incheon International Airport.

Backpacker Family Group

Seoul Cuber Staion Map...yang ini wajib study. InsyaAllah  tak susah mana pun..

Alhamdullilah, berakhir percutian 5 hari 4 malam kami sekeluarga di Seoul, Korea. Tanpa travel agen atau pakej pelancongan, kami berjaya melakukannya sendiri.
Kami berlepas dengan penerbangan Air Asia D7 507 pada pukul 11.15 pagi dan tiba di tanah air sekitar jam 5 petang...meninggalkan Seoul dengan seribu satu kenangan manis.




--The End--