Sunday, June 12, 2016

Vietnam .... May 2016

Ho Chi Minh City.... Memang tiada dalam plan nak ke negara ini, namun ajakkan dari adik dan isterinya yang berada di Sarawak mencetus keinginan..hehehe. Biasanya kami sekeluarga suka melawat ke negara yang ada musim sejuk so apa salahnya mencuba panas di Vietnam. Suhu di Vietnam sama seperti di Malaysia juga.
Cuti sekolah pertengahan tahun adalah tarikh yang sesuai untuk kami pergi.. 28hb may sehingga 31hb may 2016. kali ini pergi dengan menggunakan khidmat travel agent Kembara Salam..

Flight kami pukul 11.55 pagi. Penerbangan ke bandar Ho Chi Minh  hanya mengambil masa 1 jam 50 minit. Waktu di Vietnam pulak lambat  satu jam dari waktu di Malaysia. Sampai saja di Tan Son Nhat International Airport,  Mr Vinh sudah menunggu kami. Fasih berbahasa Inggeris dan  sedikit-sedikit berbahasa melayu. Apa yang menariknya dalam pakej kami ini, hanya ada 2 buah keluarga sahaja. keluarga kami 6 orang iaitu saya dan 2 anak-anak saya, my niece, adik saya dan isterinya. satu keluarga lagi dari Sabah, pasangan suami isteri. Semuanya lapan orang dan berasal dari tanah borneo. cantik !!!

Selepas Check in kami melawat sekitar bandar Ho Chi minh. Motosikal merupakan pengangkutan yang utama dan di sini kita boleh melihat pemandangan jalan raya yang dibanjiri dengan penunggang bermotosikal.

central post office, Notre Dame Cathedral, City hall
Saigon Opera House yang dibina sekitar 1897 pda era penjajahan Perancis.

Bangunan-bangunan lama ini adalah tinggalan penjajahan Perancis dan sekarang menjadi pusat pelancongan di Vietnam.

Lepas makan malam kami soping telekung pulak.Kedai ni sebenarnya dalam rumah orang.. memang banyak sangat telekung..rambang mata jadinya..women is women hehehe.

Hari kedua

Selepas sarapan pagi kami di bawa My Tho dan menaiki bot persendirian ke Turtle Island. Pulau yang cantik dan mempunyai banyak bunga orkid. Kami juga menikmati buah-buahan tempatan sambil dihiburkan dengan lagu-lagu South vietnamese.
Kami tetap ceria walau cuaca panas membahang

Mr Vinh memberi penerangan sebelum kami sampai di Turtle Island


Melawat ke bee farm dan merasai madu asli. 
kami dihidangkan dengan teh madu yang sedap. 

Namun kenangan yang paling ngeri ialah bermain dengan ular. Hanya Amer dan Asma sahaja yang berani memegang ular. kami yang lain hanya mampu tengok dengan geli geleman.
Selesai di sini kami pun menyusuri Sungai Mekong. Memang ramai pelancong pada hari itu. Sana-sini muka orang Malaysia maklumlah cuti sekolah.


kami naik 2 buah perahu. Kasihan melihat mereka yang bekerja mengayuh perahu ini...ada sesetengahnya memang sudah tua.  Mereka diberi tips RM2 seorang oleh pelancong.

Sungai Mekong..... sesak dengan perahu pelancong.

Sebelum balik  semula ke bandar Ho Chi Minh, kami singgah di masjid Jami'ul muslimin untuk makan tengahari dan  menunaikan solat jama Zohor  dan  Asar

Perjalanan dari daerah sungai Mekong ke bandar Ho Chi Minh mengambil masa 2 jam. Dengan perut yang kenyang dan penat dengan aktiviti , maka kami semua tertidur . Cas balik tenaga yang hilang. Sebelum sampai di hotel, kami singgah di gudang kain terbesar. Danny And Tina wholesale factory. Baju kurung, jubah, baju melayu, baju moden dan kain pasang semuanya ada di sini. Ramainya kaum wanita dari Malaysia membeli belah di sini. lupa sekejap berada di Vietnam. Saya dan kayah tidak ketinggalan, belek sana belek sini dan akhirnya kami pun menempah sepasang baju kurung moden. inilah keistimewaan nya di Vietnam, kita boleh membeli kain di sesetengah kedai dan mereka akan mengambil ukuran badan kita. Kain yang siap dijahit akan dihantar keesokkan harinya ke hotel.

beratur nak bayar kain. kerusi-kerusi plastik disediakan dalam kedai untuk para suami menunggu isteri yang hilang dalam gedung kain. 

Pada petang itu, barulah kami ada kesempatan ke ben Thant market. Ben thant dibuka pada pukul 9 pagi sehingga jam 6 petang . Jarak ben Thant market dengan hotel kami sebenarnya agak dekat. Ben thant market merupakan pasar dan tempat membeli belah yang terbesar di Ho Chi Minh. Pelbagai barangan seperti souvenir, pakaian, kasut, beg, kraftangan, perhiasan dalam rumah, perkakasan dapur dan macam-macam jenis kain ada di sini.

Ben Thant Market ( kredit to google image..lupa nak ambik gambar petang tu )

Petang itu kami hanya meninjau sahaja keadaan di dalam Ben Thant market kerana kami plan akan singgah lagi pada petang esok. Mr Vinch dah janji free time untuk kami petang esok hehehe..


Hari Ketiga

Pagi ini kami sarapan roti besar cecah kari daging. Saiz roti ni memang agak besar saiznya untuk seorang makan. Kami dapat sorang satu. Cuma rotinya agak keras sedikit tapi masih boleh dimakan.

muka-muka bahagia dapat makan "giant bun"

Pagi ini kami akan ke Cu Chi Tunnel. Tunnel ni memang popular di kalangan pelancong dan merupakan salah satu tempat yang wajib dilawati jika datang ke Ho Chi Minh . 2 jam perjalanan dari bandar Ho Chi Minh dan sebelum sampai ke tunnel ni, kami melalui kampung-kampung . Cu Chi tunnel adalah tinggalan sejarah semasa perang Vietnam- Amerika . 

Dalam tunnel ni pun askar vietnam boleh masak dan dapat
menyembunyikan asap dari dikesan pihak askar Amerika masa tu.

gambar Amer membelakangkan tanah kesan jatuhan bom Amerika..

perangkap yang boleh memutuskan kaki tentera Amerika masa tu

laluan dalam terowong yang boleh muat untuk seorang.

Sebelah petang kami bebas bergerak sendiri. Peluang ini kami berenam guna untuk menjelajah dalam Ben Thant market. Teringat pesanan Mr Vinh. kalau berada dalam Ben Thant market you have to bargain a lot. Namun terdapat sebahagian lorong kedai yang tidak boleh di tawar. Biasanya pekerja di kedai ini akan memakai uniform biru muda. So tak payahlah nak menawar bagai... Manakala untuk bayaran pulak, mereka menerima ringgit Malaysia tetapi lebih baik kita kira dulu sebelum buat bayaran...adakalanya bayar guna Vietnam Dong lebih murah dan adakalanya guna ringgit kita lebih murah, So kat sini, aplikasi Kalculator kat handphone amat berguna.

Ben Thant market tutup jam 6 petang setiap hari. Manakala di bahagian luarnya adalah pasar malam yang beroperasi sehingga lewat malam.  Kami berenam merayau lagi ke pasar malam selepas makan malam. Sebab esoknya dah nak terbang pulang ke Malaysia, so segala penat terpaksa dilupakan.

Makan malam di Saigon Green House. Menunya memang sangat lazat.
Alhamdulillah.  Sempat ambil gambar dengan coffee lady kat pasar malam.... sekali rasa pasti nak lagi. Penjual kopi memang ramai di tepi-tepi jalan.
Pasar malam...masa ni seolah-olah berjalan di Jalan Tar KL sebab terlampau
ramai muka-muka  orang kita di sini. Sesetengah penjual boleh bercakap dalam
bahasa melayu. Hihihihi..
 
Hari keempat 

kami terbang pulang ke Malaysia. Percutian yang santai dan meninggalkan segala kenangan manis di Ho Chi Minh City... Pakej bersama dengan kembara Salam is very recommended. Tour leader kami Mr Vinh pun sangat membantu segala keperluan kami. 

We'll be back....InshaAllah.











No comments:

Post a Comment