Wednesday, May 4, 2016

SYDNEY 2016

Hari Pekerja tahun ini yang jatuh pada hari ahad dan secara automatik isnin  cuti, so kami mengembara lagi, 3hari 2 malam cukuplah untuk melawat Sydney.kebetulan suami juga tengah day off dan Sekolah Alya juga cuti. Sydney menjadi pilihan kali ini. Dengan tempahan flight & hotel menerusi website Air Asia ianya lebih jimat untuk kami berlima.

Penerbangan ke Sydney pada pukul 11.45 malam dan kami tiba 9. 45 pagi ( waktu di Sydney). Kami menyewa kereta untuk satu hari sahaja. Book online sebelum ke Sydney. Kereta Ford ecosport satu hari 74 dollar. Alasan kami menyewa kereta ini...sebabnya kami akan ke Blue Mountain National Park yang berada di luar bandar Sydney..kira-kira 2 jam perjalanan.

Ketibaan di Sydney Airport
Dalam perjalanan kami singgah di Gallipoli Mosque dalam bandar Auburn untuk menunaikan solat jama zohor asar. Rupanya di bandar Auburn itu sahaja sudah ada 50 ribu jemaah muslim yang bermastautin. Alhamdulillah.

sempat sembang dengan jemaah di situ


kenangan di Masjid Gallipoli, Auburn

An Ottoman-style mosque in Auburn
Perjalanan diteruskan ke Scenic world Blue Montain yang terletak dalam bandar Katoomba. Di Scenic world kami menaiki Railway, cableway, skyway dan walkway. Tiket sudah dibeli online awal-awal lagi sebelum berangkat ke Sydney.




Selesai bermain di sini, kami berpatah balik ke Sydney untuk memulangkan kereta di airport. Dari airport ke apartment kami menaiki shuttle bas. Kami tinggal di Oaks Goldsbrough Apartment di kawasan Darling Habour. Apartment 2 bilik. Agak selesa juga untuk keluarga. Walaupun apartment ni lengkap dengan dapur, namun kali ini saya tidak bercadang untuk main masak-masak seperti di Hokkaido dulu... Sebabnya di sekitar Sydney mudah untuk mendapatkan makanan halal. Alhamduillah .


Pada malam itu kami makan di Erfes kebab milik warga Turki dalam Darling Habour Mall yang sangat dekat dengan apartment tempat tinggal kami.


Seleps makan malam kami bersiar-siar di Darling Habour dan Prymont Bridge. Malam minggu kawasan ini memang ramai dengan manusia..deretan pub dan restoren di sepanjang Darling Habour ini.

atas prymont Bridge
Keesokkan harinya, kami akan melawat  dalam bandar Sydney. Dari apartment kami berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat..

 Prymont Bridge pada waktu siang

Pemandangan dari atas Prymont Bridge

The Queen Victoria Building.


Di sini kami just ambik photo... Bangunan lama yang sudah dijadikan Mall . Pada mulanya kami tidak bercadang hendak masuk ke dalam bangunan ini..tiba-tiba Akmal nak berak, maka terpaksalah kami mencari toilet di dalamnya.. So sempatlah merayau-rayau di dalam nya.  Tiada agenda untuk shopping ! 


Habis main-main kat bangunan The Queen Vistoria ni, kami meneruskan jalan kaki ke Paddy's market.

Paddy's market
Kalau nak beli souvenir dengan harga yang murah di sinilah tempatnya. Dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang .


Selesai shoping souvenir, kami balik semula ke apartment untuk meninggalkan barang-barang.


lepas tu kami terus ke Sydney Market. Berjalan kaki 10 minit dari apartment kami. Cuaca memang sangat baik. Tidak panas dan tidak terlalu sejuk sebab waktu itu sudah berada di penghujung musim luruh. 

Sydney Fish Market
Tempat yang agak terkenal dengan makanan laut. Jika waktu lunch time , tempat ini dibanjiri dengan pelancong . 



Fish market ni agak dekat juga dengan apartment kami, so lepas makan tengahari, sempatlah kami singgah dulu di apartment untuk menunaikan solat tengahari tu sebelum meneruskan kembara jalan kaki kami ke tempat lain.

St Mary's Cathedral
Terletak di Hyde park. Dari situ kami menyusuri jalan ke botanical garden , rose garden dan art gallery of New South Wales

Art Gallery Of  New South Wales

berehat seketika


Bangunan public library


William Shakespeare memorial 

Statue of  Captain Arthur Phillip, First Governor of  New South Wales 1788-1792

Goverment House

Rekabentuk gabungan gothic revival & Victorian  architecture

Reka bentuknya seperti sebuah istana Inggeris. Mula dibina pada 1837. Malangnya kami tiba di situ pada pukul 4 petang dan sudah ditutup untuk pelawat. Hanya dapat ambik gambar dari luar.

Sydney Opera House


Tiba di sini dikira kemuncak kepada lawatan kami di Sydney. Opera House merupakan mercu tanda bagi Sydney dan seolah menjadi satu kewajipan untuk pelancong luar melawat ke sini.. 

Dari Opera House boleh nampak Habour Bridge


pemandangan sunset


Photo diambil dari atas ferry.


Kami bermain di sini hingga matahari terbenam. 

Akhir sekali, dari Circular Quay kami menaiki ferry untuk balik ke Darling Habour. Masa ni memang dah tak larat nak berjalan kaki balik ke penginapan kami. 

Alhamdulillah, selesai kembara kami di bumi Sydney. Walaupun agak penat, kaki sakit namun hati terasa puas dapat melihat pemandangan di bandar Sydney. Dari apa yang saya lihat, orang Islam agak ramai di Sydney.Wanita berhijab ada di mana-mana. Bukan hanya pelawat, malah mereka juga bermastautin di Sydney. Dan kehadiran mereka ini memudahkan pelancong muslim untuk mencari makanan halal.

The End









No comments:

Post a Comment