Thursday, March 24, 2016

Hokkaido

15th March 2016

Setelah sebulan merancang perjalanan, malam ini kami berlepas ke Hokkaido dengan penerbangan 11.30 malam ke New Chitose Airport.
InshaAllah, di Hokkaido kelak, kami sekeluarga akan tinggal di daerah Niseko. Kami memilih Niseko .. Tinggal di Forest Estate, salah sebuah rumah yang dikendalikan oleh Niseko Vacation. Rumah ini saya tempah melalui booking.com .
Manakala untuk kereta pula kami menyewa kereta dengan Nissan Rent Car. 
Perjalanan ke Hokkaido dari Kuala Lumpur mengambil masa selama 7 jam lebih.


Alhamdulillah, saya dan Akmal dapat seat yang kosong di sebelah...Dapatlah Akmal tidur seperti premium flatbed ..


Pemandangan dari atas...tanah Jepun masih di tutupi salji.


Untuk beberapa hari ni kami menyewa nissan X- rail... gps dalam semuanya dalam tulisan jepun tetapi arahan boleh set English... Untuk pergi ke satu-satu tempat, hanya perlu menaip no telefon di dalam GPS... So no problem at all. 


Sebelum bertolak ke Niseko , kami sempat melawat shiroi Kobito park . Ianya sebuah kilang coklat. dan terdapat pelbagai biskut, kek dan aiskrim juga di buat di situ. Kami bertanyakan bahan yang digunakan...dan penggunaan lemak babi memang ada. So cara selamat, hanya melihat..tak payah nak rasa apalagi membeli. kawasan dalam dan luar kilang ini di hiasi seperti taman fairytale..So anak-anak sukalah.. satu jam di sini kami pun mula mencari makanan halal. Sebab dari rumah lagi dah study di mana nak cari kedai makan halal so takde masalah lah untuk mencarinya...Just key in phone number kedai dalam GPS so, ia membawa kami straight to the Turkish Restaurant. 

Hot Turkish Coffee... alhamdulillah

Dalam kedai makan ni ada pamphlet untuk muslim traveller.

sangat membantu...alhamdulillah

Tinggal di area Niseko, ternyata tidak menegecewakan...walaupun hanya daerah kecil namun penuh dengan aktiviti yang berkaitan snow..Banyak kedai-kedai dan juga syarikat yang mengendalikan  pelbagai aktiviti seperti snowmobile, ski, heli, snow rafting, snowshoe dan macam-macam lagi. Di kawasan niseko ini juga banyak rumah-rumah penginapan dan hotel .
Kawasan rumah yang kami diami itu dipenuhi salji lagi, so untuk family yang ada anak-anak memang sangat sesuai. Akmal dan kakak nya hanya perlu berada di tepi rumah saja jika nak bermain salji.


Ni lah rumah penginapan kami selama empat hari di Niseko. 


deretan rumah-rumah penginapan di Niseko Hirafu village


living room and dining room


dapur... 3 malam berturut mama main masak-masak di sini. Mencari yang halal agak sukar sedikit di sini.


bandar kecil Niseko.

Sebelum sampai di Niseko, kami sempat ke Nijo market mencari ketam..tercapai juga hajat di hati makan  king crab ni.




Di Niseko kami menyibukkan diri dengan aktiviti snowmobile dan snow shoe. Pengalaman yang sangat best memandu snowmobile di atas salji. alya dan asma pun dapat sorang satu snowmobile..dengan menggunakan servis White Isle mereka benarkan kanak-kanak berumur 13 tahun ke atas. 



Satu lagi aktiviti yang kami lakukan...snow shoe..berjalan menggunakan ski shoe khas. Mengelilingi tasik Hangetsu yang frozen di bawah kaki gunung Yotei. Penat memang teramat penat kerana tidak semua trail yang kami lalui tu rata.. Percayalah aktiviti ini boleh membuat anda berpeluh walaupun dikelilingi snow.


Otaru - Sapporo

Setelah tiga malam di Niseko, kami check out dan bermalam di Air Terminal Airport yang lokasinya di dalam Chitose Airport. Sebelum itu kami melawat sekitar Otaru dan Sapporo.


Otaru canal


bangunan lama di tepi otaru canal




singgah di Otaru Miyakodori shopping District.


Singgah solat jama zohor asar di Masjid Al Noor dalam bandar Otaru






Rehat dan bermanja...


kami singgah di halal food shop yang tidak jauh dari masjid sebelum berangkat ke sapporo.

Di sapporo kami melawat Clock tower yang dibina pda tahun 1878



bangunan kayu


antara yang dipamerkan di dalam bangunan clock tower ini.




masih berfungsi hingga kini

jalan-jalan dalam bandar sapporo


bekas bangunan kerajaan di Hokkaido. merupakan salah satu tempat yang sering dikunjungi pelawat. masuk adalah percuma.


Akarenga


Sedikit sejarah bekas bangunan kerajaan di hokkaido

Sapporo Tower nampak dari kejauhan

father and daughter

call girlfren ke hehehe

Jalan-jalan dalam Tanukikoji shopping street...sangatlah panjang deretan kedai...kat bawah pun ada..habis kat sini kami bertolak ke Chitose yang jaraknya 45 minit dari bandar Sapporo. Kami bermalam di Air Terminal Hotel.  Sengaja stay kat situ sebab flight balik malaysia jam 9.20 pagi..


  
Last Day - New Chitose Airport

lepas check in baggage, sempat main kat luar...it's snowing on our Last day....


Me and akmal

Departure terminal

Goodbye Hokkaido...I 'll be back !


" TO TRAVEL IS TO TAKE A JOURNEY INTO YOURSELF "