Monday, February 1, 2016

Hari Terakhir Di Eropah

Sempat bersiar-siar di bandar Amsterdam dari pagi hingga ke petang sebelum berangkat pulang ke Malaysia.

ternampak kedai makan halal..tapi masih awal pagi lagi nak makan. 

suka dikelilingi burung 

kena bayar satu euro dulu sebelum bergambar dengan  hantu ni...

Madame Tussaud pun ada di sini

Cannabis yang di tin kan... tak dapat nak kata apa dah dengan negara ni.

Muzium 



pergi ke flower market

deretan kedai yang menjual bunga dan biji bunga

tulip bulb paling banyak di jual

di buat gula-gula pun ada.... jangan terbeli pada budak-budak pulak ye.

tunas tulip yang baru naik....harga satu pasu.... fuhh


geram rasanya nak bawa balik 

better don't try

mama soping bunga hehehe


sempat masuk kedai cheese lagi


penduduk Amsterdam yang sentiasa berbasikal ke mana sahaja

Bila sudah masuk waktu zohor, kmi mula mencari masjid... jalan-jalan sehingga penat kaki, akhirnya kami berjumpa juga dengan masjid tetapi malangnya masjid ditutup kerana kerja-kerja renovation.

kepenatan mencari masjid

cantik,,subhanallah
 Pas tu kami patah balik... hingga terjumpa kedai makan orang turki...sambil tunggu order, kami minta tumpng nak solat. Alhamdulillah.

menu yang kami order

satu pinggan yang penuh dengan makanan cukup untuk 2-3 orang makan.

Sapa-sapa pergi Amsterdam, bolehlah singgah makan sini ya.

so sweet my kid hihihi... tersenyum mama melihat gelagat mereka






Alhamdulillah, tamat perjalanan kami di bumi eropah...Terima kasih Allah atas kurniaan rezeki, masa dan peluang yang diberi kepada kami serta di mudahkan segala perjalanan dan urusan kami. 

Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula.

Al-Mulk ayat 15

No comments:

Post a Comment