Wednesday, February 17, 2016

Family Trip To Beijing

Cerita bulan Disember 2015 yang Awesome..
Baru berkesempatan nak update. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Perancangan dari awal tahun 2015 berjalan lancar sehinggalah ke hari yang di tunggu-tunggu. Pakej all-in bersama Al-Quds Travel ini agak murah kerana kami menempahnya awal-awal lagi. RM2200 untuk 4 hari 3 malam.

Tujuh dewasa dan dua kanak-kanak. Aku, Asma dan Akmal, My sister bersama suami dan anak mereka serta my brother dengan isterinya dan my niece Intan.

Namun penerbangan bersama Malaysia Airline pada petang itu delay dari pukul 6.30pm ke 9.45 malam. kami tiba di Peking Airport pada jam 3.45 pagi... di mana ada satu group lagi sudah sedia menunggu kami. Mereka menggunakan penerbangan Air Asia dan tiba seawal 1 lebih pagi..Mereka terpaksa menunggu kumpulan kami sekeluarga kerana kami diletakkan dalam group yang sama.

Wajah-wajah teruja nak mengembara ke bumi Beijing

We are kazen....akmal & infazah
Hari Pertama
Pagi itu kami di hantar ke hotel. Sempatlah tidur selama dua jam . Kemudian jam 8 pagi kami memulakan perjalanan. Tentatif pada hari pertama ialah melawat ke Forbidden City dan Tiannamen square.

At Tiannamen Square

My sister bersama suami dan princess mereka.

my niece Intan

Good Friend Kazen

Kami anak beranak..Alya tak dapat join..masih sekolah masa ni.

My brother bersama isteri tercinta

Kami yang  "happening"..


In Forbidden City





Di luar perkarangan restoren chinese muslim. Kami lunch di sini. Not bad...banyak sayurnya hehehe..

Sebelah petang kami melawat dan solat di Niujie Mosque.

Masjid Niujie ialah masjid yang tertua di Beijing, China. Dibina pada tahun 996. Terletak di Niujie dalam darerah Xuanwu, Beijing.

Senibina rekaannya ialah gabungan seni Cina dan Arab

bersama seorang wanita Cina yang beragama Islam.
Pada musim winter, cuaca cepat bertukar malam. Seawal jam 5 petang, suasana seperti 8 malam di Malaysia, So pada sebelah malamnya, tidak banyak aktiviti yang kami lakukan.

Menonton persembahan akrobatik China yang sangat-sangat amazing.



Selesai makan malam, kami semua kembali ke hotel untuk berehat. zzzzzzzz..

Hari kedua. 
Pagi ni malas nak pergi breakfast kat restoren hotel. Minum dalam bilik . Hari ni semua teruja sebab nak main snow kat Snow world, tak jauh dari Tembok Besar China.

Selfie dulu..

Semua dah ready dalam bas


Tapi sebelum tu kami di bawa ke Jade Center dan Crystal Shop..belajar sikit pasal jade dan kristal dan selebihnya bagi sesiapa yang nak shopping bling-bling kristal..

Kat Crystal Shop

Selesai acara membeli belah ni,  kami terus ke padang snow untuk bermain-main di sana selama sejam.
Enjoy the photo..










do you want to built a snowman ?


with my brother & sister



Sebelah petang kami melawat dan memanjat tangga Tembok Besar China pulak.  Naiklah setakat mana yang termampu. Enjoy the photo..















Abis kat great wall ni, kami singgah kat salah satu pusat rawatan cina.. Ianya adalah salah satu di antara goverment store yang tour leader wajib bawa . Tak tau nak cerita apa kat sini sebab takde apa yang menarik..masa ni aku duduk kat luar dengan Akmal.

Then sempat jugalah pergi membeli-belah kat salah sebuah supermarket. Ya Show supermarket.. beli souvenir sikit2 dan tawar menawar harga baju. shopping kat Beijing bukanlah perkara yang seronok sangat sebab penjualnya "berwatak ganas" memaksa dan membebel para pelanggan. kami turut menerima pengalaman yang sama. Namun tidak semua begitu. Masih ada lagi penjual yang santun dengan customer mereka.

Hari ketiga.

Pagi ni ke salah sebuah goverment store lagi..Silk textile Shop. Siap ada penerangan dari awal di mana kain sutera berasal dari ulat..lepas habis bagi penerangan, kami di bawa ke tingkat atas untuk mempromosikan set cadar beserta comforter dan kain sutera. My family shopping kain lah...agak murah juga. Aku pulak beli baju tidur sutera untuk myself dan anak-anak. Tergores debit card aku di sini huhuhu..
Dalam kedai sutera ni, aku terlupa nak ambik gambar. so no evidence kami di sini hahaha. Kami juga pergi ke bamboo shop..kebanyakkan produk kat situ diperbuat daripada bamboo dan charcoal..so sempat jugaklah kami sekeluarga membeli belah yang berkenan di hati. 

lunch time.  sekali lagi aku lupa ambik gambar lauk !

senyum sebab dah kenyang hehehe.

pekerja yang sibuk mencucuk sate.

Selesai makan tengahari, kami ke sebuah kedai souvenir yang dikatakan lebih murah dari tempat lain..location kedai pulak tidak jauh dari stadium sarang burung yang famous tu..Jalan kaki saja.

sempat ambik gambar dengan pekerja/ anak owner kedai .


Sebab dah dekat sangat dengan souvenir shop tadi, kami pun bersiar-siar di perkarangan luar Stadium sarang burung tu...sambil-sambil mengabadikan kenangan sebagai bukti " We Was Here ".  



Stadium nasional Beijing yang juga dikenali sebagai stadium sarang burung kerana reka bentuknya yang unik seperti sarang burung. Dibina pada tahun 2003 dan siap sepenuhnya pada tahun 2008. Stadium ini menjadi terkenal kerana pernah menganjurkan pertandingan sukan olahraga untuk sukan Olimpik 2008 dan juga sebagai majlis penutupan sukan Olimpik 2008 yang penuh gilang gemilang.

singgah solat di sebuah masjid yang berusia 700 tahun. 




Di luar masjid ini, ada kedai runcit kecil, muslim store... semptlah beli kuih sikit-sikit sambil membantu ekonomi komuniti Islam di situ.

Gaya seorang penjual...


Hari ini merupakan hari terakhir kami di Beijing kerana kami akan bertolak balik ke tanah air  dengan penerbangan malam.. Akhir sekali kami di bawa ke sebuah mall dan kami makan malam di sebuah Restoren Padang di dalam mall tersebut. Pada mulanya kami ingatkan masakan dari Padang, Indonesia..rupanya menu yang sama seperti hari-hari sebelum itu. Apa pun alhamdulillah..

Di hadapan restoren Padang

Merayau sambil selfie di dalam mall


Bergambar kenangan dengan Polis Beijing..

KAMI

Alhamdulillah... diberi peluang, masa, rezeki dan kesihatan yang baik untuk kami sekeluarga bercuti bersama di luar negara. Satu pengalaman yang sangat indah dan manis untuk dikenang hingga bila-bila.










1 comment: