Monday, January 25, 2016

Day 6...... Kota Paris

Baru berkesempatan nak update...tak abis lagi cerita di eropah ini.
Hari keenam...bangun pagi di kota Paris..
Program sepanjang hari ini ialah melawat sekitar kota Paris. Selesai sarapan kami terus ke eiffel tower. Dan akan naik ke tingkat 2. sebelum naik tu, kami semua bersama pelancong lain kena beratur panjang untuk pemeriksaan oleh pihak polis. Beg Encik suami pun kena buka satu-satu. Takpelah, tiada apa yang perlu dirisaukan.

Patung Mr Eiffel di bahagian bawah  menara eiffel tower

pemandangan dari level 2

teropong kota paris dari level 2 Eiffel tower

Seine River

Lepas ni kami naik cruise menyusuri Seine river


"Kami"



kami sempat melihat eiffel tower ni bling-bling pada waktu malam.

Selesai melawat Eiffel tower, kami naik Seine River cruise pulak menyusuri suungai Seine. Sungai Seine ini panjangnya 776km dan terdapat banyak jambatan merentasi sungai Seine. Adakalanya kami lalu di bawah jambatan-jambatan ini.

bergaya sebentar sebelum naik cruise

Di atas cruise yang terbuka


bangunan lama dan baru di kiri kanan sungai











Sebelah petang kami melawat sekitar kota Paris ini. 




Arch of Triump

Sepanjang bolevard di sini dikenali sebagai Champ elysees dan ia terkenal kerana dengan bangunan dari jenama-jenama terkenal di dunia.

La Madeleine Roman catholic Church 1842


lourve



Melawat ke muzium perfume... belajar serb sedikit tentang sejarah pembuatan minyak wangi kerana Paris adalah antara negara pengeluar minyak wangi di dunia. Jenama-jenama terkenal membanjiri pasaran dunia ketika ini dengan harga nya yang mahal... 
botol minyak wangi zaman dulu kala

Kami diberi peluang menghidu satu-satu jenis minyak wangi di sini

minyak wangi juga menggunakan lemak haiwan...so be careful !

cerita sejarah asal-usul minyak wangi dengan accent parisnya.

minyak wangi dalam botol begini lebih tahan lama dari minyak wangi yang dibotolkan dalam botol kaca.

Mereka pun shoping perfume juga...
 Selesai di muzium minyak wangi ialah aktiviti bebas ...soping di Galeries Lafayette. Maka, ramailah kaum wanita mengambil peluang soping beg jenama loius vutton yang terkenal itu kerana harganya dikatakan lebih murah di Paris...Part ni tak dapat nak komen apa-apa sebab kami sekeluarga mengambil peluang ini berjalan di kaki lima bangunan-bangunan besar. Tujuan nya hanyalah untuk mencari statue emas Joan of arc. Alya yang sangat ingin melihat statue ini kerana dia ada belajar tentang Joan of Arc ini di sekolahnya dalam matapelajaran world history.


pelarian syria



akhirnya kami berjaya berjumpa dengan  Joan Of Arc

berada di tengah jalan bulatan (roundabout kecil)

penat berjalan kami lepak di muzium ini (lupa nama)










Lafayette shopping complex

masa ni demam star war di Paris





dinner malam ini...seafood yang sangat mahal !







Berjalan dari pagi hingga ke malam memang amat memenatkan.. Dan malam ini kami tidur semalam lagi di Novotel Massy Palaiseau. Esoknya kami akan check out dan bertolak ke bandar brussel.