Sunday, December 27, 2015

Day 4 ... Mount Titlis & Lucerne City

Pagi ini kami tidak terkejar-kejar untuk check out dari Hotel Central kerana kami ada satu malam lagi untuk menginap di sini.
Tentatif hari ini ialah naik ke Mount Titlis.  Mt Titlis ialah sebuah gunung di pergunungan Alp Swiss. Ketinggiannya mencecah 3020 meter . Kami naik ke puncak gunung dengan menggunakan  empat buah gondola dan cable car.
Bayaran untuk naik ke Mt Titlis ialah  100 euro untuk dewasa dan 60 euro untuk kanak-kanak.

Pemandangan dari luar jendela... teringat pulak kenangan di Mt Cook New Zealand. Kawasan hotel dikelilingi gunung bersalji.

Sarapan pagi... pemandangan indah di luar jendela

My boy

menghirup udara pagi di sekitar hotel 


bermain salji selepas sarapan pagi

Perkampungan penduduk di Engelberg

berjalan menuju ke tempat check in nak naik ke Mt Titlis

pemandangan dari dalam gondola

dipenuhi salji

menunggu gondola

banyak gondola pada pagi itu

Sampai dah

Acara bermain salji bermula

meredah salji tebal

kepenatan bermain salji


 Selepas tiga jam berada di atas Mt Titlis, kami pun balik semula ke hotel untuk berehat, solat dan makan tengahari. Petang itu kami akan di bawa ke bandar Lucerne. Perjalanan memakan masa 30 minit sahaja. Lucerne terletak di central Switzerland. 

Pemandangan sepanjang jalan ke bandar Lucerne


Rumah-rumah penduduk dipinggiran bandar Lucerne

Wooden Chapel Bridge

Lion Monument

Lion monument adalah patung singa besar yang dipahat pada batu. Ianya  untuk mengingati kisah tentera Swiss yang dibunuh beramai-ramai semasa mempertahankan istana Tuileries ketika Revolusi Peranchis.

Bandar di tepi sungai Reuss

Wooden Chapel Bridge yang masih utuh dan historik

Jambatan tertua di eropah ini sentiasa dipelihara dengan baik dan menjadi simbol serta tarikan para pelancong.

Posing penat...

jambatan tua ini menyeberangi Sungai Reuss

Menara jam besar, dibina sejak zaman  awal  Renaissance. masih digunakan sehingga kini

depan kedai souvenir, namun harga barang di Switzerlnd adalah sangat mahal.

jalan-jalan cuci mata

snap sana snap sini...lukisan pada sebuah restoren  

Lagi bangunan dengan lukisan mural

latar belakang Swiss bank

Switzerland terkenal dengan jenama jam yang terkenal tapi kami hanya mampu memandang.  Mahal weiii...


Selepas penat berjalan-jalan dalam bandar Lucerne hingga ke malam, kami pun balik semula ke hotel. Malam akhir di Switzerland. Terasa berat hendak meninggalkan negara Switzerland yang sungguh indah ini. InshaAllah, jika panjang umur dan murah rezeki, kami berazam ingin kembali semula ke Switzerland..

Balik hotel...tidur dalam kedinginan..diluar salji turun renyai-renyai hingga ke pagi...Subhanallah.