Wednesday, December 23, 2015

Day 2 Cologne City

[  Cerita pengalaman di eropah tertangguh buat seketika kerana kesibukan menyambung percutian lagi..kali ini bersama ahli keluarga adik-adik pulak. InshaAllah, percutian ini akan diabadikan jua di dalam blog ini kelak. ]

Rotterdam

Seawal 9 pagi kami semua check out dari World Hotel , Rotterdam. Perjalanan di teruskan ke bandar Cologne yang terletak dalam negara German. Perjalanan memakan masa tiga jam lebih. kami tiba di bandar Cologne waktu tengahari. Cologne ialah bandar keempat terbesar di German dan merupakan bandar tertua yang diasaskan oleh empayar Rom.

Selesai makan tengahari, kami di bawa melawat ke Cologne Cathedral. Senibina gothic pada cathedral ini menarik kunjungan para pelawat tanpa mengira bangsa dan agama. Dibina pada 1248 dan siap sepenuhnya pada tahun 1880, kira-kira 632 tahun kemudian nya. Kami dibenarkan masuk sama seperti pelawat lain dan tidak membuat bising demi menghormati pelawat yang sedang bersembahyang.








 Selesai di Cologne Cathedral, acara bebas untuk kami merayau-rayau dalam bandar Cologne. 

Di luar Cathedral, pelukis jalanan mempamerkan bakatnya. 

pemuzik jalanan

jalan-jalan cuci mata


selfie anak beranak 










Kami meninggalkan bandar Cologne pada petang itu dan menuju ke Neu-Isenburg, salah satu tempat dalam bandar frankfurt. perjalanan dari Cologne ke Neu Isenburg ialah 190km .. dan memakan masa 2 jam lebih dalam bas. Kami bermalam di Balladins Superior Hotek Frankfurt. Dalam perjalanan, kami singgah di satu tempat bernama Bad Camberg West untuk rehat dan makan. Yang ada kat situ ialah Burger King. So tak dapat nak makan apa-apa. So kami sekeluarga decide untuk makan malam saja di hotel dengan bekalan makanan yang kami dah bekal siap-siap dari rumah. ketika kami sampai hujan renyai-renyai turun dan kami berjalan laju masuk ke dalam kedai. Tidak lama kemudian salji turun. makin lama makin lebat. tidak sampai 15 minit, kawasan sekitar di penuhi salji. Anak-anak meluru keluar...enggan  melepaskan peluang melihat salji turun.



feeling frozen

muka happy dapat pegang fresh snow

Masalahnya.. bila salji turun, perjalanan kami menjadi lambat. Kereta semakin banyak di jalan raya. dengan jalan raya yang licin, tiada siapa berani memandu laju. Kami tiba di hotel agak lewat. Selesai makan, kami semua masuk tidur kerana esok hari masih banyak lagi tempat yang akan kami lawati.
Selesai hari kedua.

to be continue.........