Sunday, December 6, 2015

Eropah Dalam Kenangan.... November 2015 ( DAY 1 - NETHERLANDS)

Syukur ke hadrat Ilahi..dikurniakan peluang dan kesempatan untuk melancong bersama keluarga ke Eropah pada musim winter..(early winter actually)  Pakej yang kami ambil semasa Matta Fair ini, sesungguhnya sangat berbaloi biarpun amat memenatkan.
Negara Netherlands, Germany, Switzerland , Paris dan Belgium adalah 5 negara yang kami lawati.
Penerbangan dengan KLM Airlines selama 13 jam lebih . Pertama kali melalui perjalanan di atas langit ini dengan masa yang sangat lama. Sesungguhnya hanya kepada Allah SWT, diserahkan segalanya. Alhamdulillah selamat sampai di benua  eropah yang pertama..Netherlands. Ingat Netherland pasti ingat susu Dutch Lady...dengan gambar wanita dutch berpakaian tradisional negaranya. Dan yang pasti negara yang terkenal dengan bunga tulipnya, namun pergi pada masa ni, tiada tulip sebenar yang boleh dilihat. 

Hari pertama.
Kami sampai di Schiphol Airport Amsterdam pada pukul 6 pagi. Cuaca di luar serendah 5'C. Sementara menunggu bas sampai, kami sempat merayau dalam Schiphol Airport.


wajib posing  kat sini kata Alya


muka penat bangun tidur


Tulip plastik banyak lerrrr....

mini supermarket yang ada dalam airport

melihat tulip plastik huhuhu...

awalnya nak cari souvenir...di luar lebih murah.
DE ZAANSE SCHANS

Bila bas sampai, kami pun di bawa untuk Zaanse  Schans tour... yang berada di luar Amsterdam.  Di situ lah para pelancong boleh melawat windmill village. Rumah-rumah dengan senibina typical dutch zaman 18th and 19th centuries. Di situ juga terdapat wooden shoe workshop atau pun dikenli sebagai clog. Kami melihat bagaimana clog dibuat daripada batang kayu. Kami juga melawat ke cheese farm di mana semua pekerja wanitanya memakai pakaian traditional dutch.


posing dulu .


lovely


Windmill Village

The making of wooden shoe atau clog 

Clog yang pelbagai saiz dan warna di jual untuk pelancong.

Replika clog kat luar kilang.


Rumah-rumah yang dibina gaya Dutch lama.

Lovely..


Di sini mendengar penerangan bagaimana cheese di buat. Very interesting..

Alya & Asma with dutch lady


Macam-macam perisa ada.

deretan rumah ..ada yang dibuat kedai souvenir, namun  kami diberitahu, souvenir di sini lebih mahal harganya berbanding beli di Amsterdam city. so batalkan saja niat untuk  membeli souvenir di sini. Jalan-jalan cuci mata dan menikmati perkampungan yang indah ini.


hehehe... maybe dia juga pelancong seperti kami.

Staffs is wearing traditional clothing

Harga-harga cheese...in  euro money ok !
VOLENDAM

Setengah hari berada di Zannse schans..Kemudian kami pun menuju ke bandar Volendam atau dikenali juga sebagai Volendam Fishing Village. Di situ kami  berjalan-jalan  menikmati pemandangan dari tepi laut. Deretan kedai souvenir dan restoren makanan laut memenuhi sepanjang jalan. Dan di situlah kami membeli souvenir..masuk dari satu kedai ke satu kedai untuk compare harga. Not much different. Kami juga diberitahu, kerana kedudukkan nya yang mengadap laut, rumah-rumah penduduk di situ sangat mahal..mencecah million euro. OMG.


Rumah-rumah penduduk di Volendam


Penduduk di Netherlands lebih suka berbasikal ke mana-mana.


Deretan kedai

Duduk untuk rehat and posing hehehe

Deretan kedai souvenir.
hahaha...What women want !!
Makanan laut..ikan dan udang yang terkenal di sini



AMSTERDAM CITY

Habis bermain di Volendam, kami menuju ke bandar Amsterdam . Kesempatan ini kami ambil untuk photoshoot kat huruf giant  I AMSTERDAM slogan.. ramai pengunjung pada waktu itu so nak dapat photo yang betul-betul cantik tak dapatlah... ianya terletak di belakang bangunan Rijksmuseum. 


crowded...sampai panjat-panjat orang kat belakang fuhhhh..
pinjam gambar google
Rijksmuseum
Kemudian kami jalan kaki ke Diamond Factory. dekat saja..Cerita bab diamond ni seperti biasalah...diberi penerangan tentang pembuatan dan jenis diamond. Juga ditunjuk diamond yang sudah siap dibuat barang kemas. Biasanya yang mereka ikat dengan white gold. Sambil-sambil memancing minat kami... hahaha..hanya mampu melihat. Dalam factory merangkap kedai ni, tak berani nak snap sana sini so no photo yang boleh dilihat. 



ambil gambar luar bangunan 

CANAL CRUISE

Lepas bertandang kat diamond factory, kami naik canal cruise pulak menyusuri sungai Amsterdam. Peluang untuk duduk berehat. kaki dah lenguh berjalan-jalan. Canal cruise ini memang termasuk dalam pakej yang kami ambil. Masa ni kami memang dah penat sangat. Penat dan mengantuk kerana mata kami masih ikut waktu Malaysia. Netherland 7 jam behind.. ketika itu bersamaan jam 12 tengah malam di Malaysia.


Ramai pelancong masa ni

group kami hampir memenuhi cruise ini


Rest and relax...setiap orang diberi earphone yang di sambung kan pada tepi meja. rehat sambil mendengar informasi tentang sungai ini.


pemandangan bangunan lama dan baru di sepanjang sungai


sunset in netherland



  
Rumah-rumah bot memang sudah ada di sini sejak 300 tahun yang lalu. Dibina oleh penduduk yang tiada tanah. Namun pada masa ini kerajaan Netherlands tidak lagi membenarkan penduduk nya membina rumah-rumah bot ini. Apa yang ada dikekalkan untuk tarikan pelancong. memang unik. Sambil mengintai keadaan dalam rumah bot, ianya sama juga seperti rumah biasa, ada ruang tamu, dapur dan bilik tidur cuma saiznya agak kecil lah. 
so enjoy the photo !








RED LIGHT DISTRICT

Hari beransur gelap. Ini yang tak best nya kalau melawat eropah pada musim sejuk. malamnya sangat cepat. Jam 5 petang seperti pukul 8 malam...memang sangat penat. Namun tour leader kami masih lagi aktif membawa kami menyusuri jalan-jalan di Amsterdam sambil menerangkan tentang bangunan-bangunan yang kami lalui. Di antaranya ialah red light district. Netherland adalah negara liberal yang sangat bebas. Pelacuran, dadah Marijuana atau cannabis, gay dan lesbian adalah legal di sana. Red light district adalah kawasan pelacuran. Di sini kita boleh melihat para pelacur, menayangkan diri mereka di sebalik dinding kaca dengan pakaian yang menjolok mata atau separuh bogel. Pekerjaan mereka sebagai pelacur adalah legal dan mengambil gambar mereka tidak dibenarkan. Mereka akan lari jika ada pelancong nakal cuba hendak mengambil gambar mereka. 
Di sepanjang jalan juga kita dapat menghidu bau marijuana. Ianya dijual secara bebas. Namun tidak timbul sebarang kekacauan atau mereka ini mengganggu pelancong kerana biasanya mereka lepak di dalam kedai kopi.  Malahan tour leader awal-awal sudah berpesan... jangan hairan  melihat lelaki sesama lelaki atau wanita sesama wanita kissing dan berpelukkan. Gay dan lesbian diiktiraf di netherlands.  Nauzubillahiminzalik...


melalui red light district

Respect sex workers ......sebab tu tak boleh suka-suka nak ambil gambar mereka. Hormati pekerjaan mereka. (No komen)

Bronze statue in honor of prostitution around the world....emmm..


ROTTERDAM

Jam 10 malam kami sampai di worldhotel wings Rotterdam yang terletak dalam bandar Rotterdam. Masing-masing punggah beg masuk bilik . Nak ambil gambar bilik pun dah tak larat.Mesti tido awal sebab esok paginya kami akan check out dan meneruskan perjalanan ke Cologne city , salah satu bandar dalam Germany. Bila kami bangun pagi esoknya,  rupanya kami baru tahu hotel tersebut betul-betul berdekatan dengan airport.


To be continue.....