Tuesday, July 21, 2015

Family Day

Raya kedua... unplanning punya kerja.. malam raya pertama suami beli dua bakul besar durian dan mengajak kami semua makan keesokkan harinya di suatu tempat bernama minda. Minda ni terletak di Hulu Dungun. dalam 40 minit perjalanan dari Dungun. Memandangkan sungai di situ cetek dan jernih so kami pun berkelah di situ... makan-makan dan mandi manda sehingga kepenatan.

konvoi 5 buah kereta
singgah sebentar di salah sebuah masjid.
bakar sate ikan

mak pun mandi sama hihihi..

meriahnya kami

makan durian dalam sungai



menunggu sate masak

nasi dagang pun ada


happy family



macam orang hanyut...makan durian dalam sungai hehehe
Seperti biasa bila dah balik rumah..semua kepenatan dan ketiduran zzzzzzzzzzz..

HARI RAYA 2015

Hari raya tahun ini disambut dengan meriah sekali di kampung sebelah suami. Kali ini kesemua adik-beradik merangkap ipar-ipar saya bersama keluarga masing-masing dapat balik kampung beraya bersama. Alhamdulillah 33 orang kesemuanya.
Hari raya pertama kami beramai-ramai menziarahi rumah saudara mara. Dari pagi hingga ke petang. 



bersama kakak dan adik ipar
mak dikelilingi oleh cucu-cucunya














So kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Adidilfitri
 , maaf zahir dan batin.
Sesungguhnya di hari raya inilah ahli keluarga dapat berkumpul bersama dan mengeratkan silaturrahim. Alhamdulillah.