Friday, April 10, 2015

My Alya

Salam Jumaat yang indah

Hari ini masuk hari ke lima my girl Alya belajar di International Islamic School dalam gred 7. Mungkin bukan mudah bagi dia hendak bersaing dengan rakan-rakan baru dalam kelas yang sudah berada di sana dari first term kerana Alya masuk belajar di sana pada hampir di penghujung second term. Belajar untuk peperiksaan o-level tidak sama jadual persekolahannya dengan sekolah kerajaan di Malaysia . Cuti jua begitu. Namun saya percaya pada kemampuan Alya . Setiap yang bermula pasti melalui detik kesukaran. InshaAllah you can do it.



Sebagai ibu, hati saya turut bersedih mengenang dirinya yang rindu pada kawan-kawan di Stias. Saya dapat rasakan, setiap kali balik ke asrama, bersendirian di bilik, pasti dia merindui mereka di sana kerana sebelum ini hidup Alya di Stias sentiasa di kelilingi kawan-kawan dalam dorm.
Moga Alya ku tabah menghadapi semua ini. Mujur juga di sana boleh bawa handphone so hampir setiap malam dapat berborak dan berbalas sms dengannya.

Doa mama sentiasa bersamamu..semoga dimudahkan menerima pelajaran baru dan boleh menjaga diri sebaiknya.