Friday, February 13, 2015

Pemergian Seorang Ulama Kesayangan



Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, nama yang sutu ketika dahulu tidak pernah ku ambik peduli. Sehinggalah aku berkahwin... Rupanya suami  memiliki buku-buku tulisan beliau. Sejak itu aku mula mengenalinya, pernah membeli sendiri buku-buku tulisannya...dan yang penting aku peduli siapa dia, perjuangannya, latar belakangnya dan kewarakkan dan zuhudnya beliau.

Semalam dan hari ini airmata tidak henti mengalir.... Beliau sudah tiada lagi.Allah lebih menyayanginya. Pergi dalam usia 84 tahun. Pemergiannya diratapi oleh seluruh rakyat Malaysia yang menyayanginya. 

Berehatlah Tok Guru..
Dari segala perjuanganmu di dunia ini.
Bersemadilah dengan aman..
Moga damai kau di sana.
Bersama para anbiyya dan syuhada..
Moga Allah swt mengangkat ketinggian darjatmu
di sisiNya.

Al-Fatihah.