Monday, February 9, 2015

USIA 40 TAHUN





RAMAI tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. ALLAH SWT. berfirman,


حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

“Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada ALLAH.

Pada ayat yang lain, firman ALLAH:

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ

Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)

Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada ALLAH dengan bersungguh-sungguh.

Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka ALLAH memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian.


Usia 40 peringatan buat diri ini.

(copy from sinar harian)

PERASMIAN ZAWIYYAH MUHAMMADIYYAH LIL ULUM AL NAQLIYYAH

 Assalamualaikum,

31hb Januari 2015 yang lalu, kami bertolak ke STIAS. Malam itu ada program perasmian dewan baru dan aliran ilmu Naqli.
Aliran ilmu Naqli ialah suatu jurusan yang menumpukan kepada program pendidikan dan pembelajaran bagi melahirkan ulama pewaris Nabi yang berkaliber dan mantap di bawah aliran Al Quran dan Hadith.
Alhamdulillah, puteriku salah seorang di antara pelajar yang terpilih untuk mengikuti aliran ini. Mama dan Yan bersyukur dengan pilihan ini. Doa kami semoga Alya istiqamah dan berjaya di dalam aliran Naqli ini.













(Kredit:Photo From STIAS Album)

HUJUNG MINGGU DI AVANI


6/2/2015
Alya balik bermalam. Kesempatan ini kami gunakan untuk bercuti hujung minggu bersama. Terima Kasih pada suami yang menempah penginapan yang best sangat kali ini... Avani Gold Coast Resort.
Walaupun hanya semalam kerana terpaksa menghantar Alya balik ke asrama pada hari ahad namun anak-anak semua amat gembira. 

Family selfie

Bersama Alya












Santai hujung minggu  :)