Thursday, December 24, 2015

Day 3......... Heidelberg - lake Titisee - Engelberg

Semalam kami menginap di Balladins Superior Hotel Frankfurt. Pagi ini kami check out lagi lebih awal  dari kelmarin. 



Posing awal pagi


Perjalanan diteruskan ke bandar Heidelberg. Perjalanan yang memakan masa 2 jam lebih. 

Bandar Heidelberg terletak di tepi sungai Neckar



Rumah-rumah penduduk di heidelberg

Merupakan kota tua yang bersejarah dengan pemandangan yang indah dan romantik
Istana lama di atas bukit.
Istana lama ini dibina oleh Putera Elector Ruprecht III antara tahun 1398 hingga 1410. Kami tidak berkesempatan untuk naik ke atas melihat istana ini dengan lebih dekat.

sambil menyusuri celah bangunan, sempat lagi stop untuk posing  berlatar belakangkan istana lama heidelberg.

bandar ini dipenuhi dengan bangunan lama yang bersejarah

celah-celah bandar heidelberg...kami berjalan dari satu lorong ke satu lorong.

Depan pintu masuk ke student prison

Universiti Heidelberg adalah universiti yang tertua di eropah. Dibina pada tahun 1386. Di sini juga terdapat penjara yang menempatkan pelajar-pelajar yang melanggar peraturan universiti. Namun kini penjara itu sudah menjadi salah satu tempat bersejarah yang menjadi tarikan pelancong.





Alter Bruke (jambatan tua). Diperbuat dripada batu dan dilengkapi menara dan patung-patung.







Market square


Gerai-gerai kecil di market square dihias dengan tema krismas.




Dari kota lama Heidelberg kami bertolak  ke Lake Titisee. Perjalanan yang sangat menarik kerana di kiri kanan jalan dipenuhi dengan salji. Dedaun pokok yang hijau semua berwarna putih.

Black forest, hutan malar hijau  dan perkampungan  yang indah

snow di sepanjang jalan ke lake titisee



black forest



sempat bermain snow

Kami di bawa ke kilang pembuatan jam cuckoo. Cuckoo clock ini terkenal sejak tahun 1700 lagi.


Cuckoo clock yang diperbuat daripada kayu

Tempat kelahiran Cuckoo clock ini ialah di rantau Black forest sebelah barat daya German.
Lake Titisee


Pemandangan yang indah di tasik Titisee



bergambar kenangan sebelum meneruskan perjalanan .

Dari Lake Titisee kami meneruskan perjalanan ke air terjun Rhine fall yang terbesar di eropah. Ianya terletak di dalam negara Switzerland di mana kami terpaksa berhenti di sempadan untuk seketika. Namun hanya pemandu bas dan tour leader sahaja yang berurusan dengan pihak imigresen..
malangnya ketika kami sampai di rhine fall, hari sudah gelap walaupun ketika itu baru pukul 6 petang. tiada apa yang dapat dilihat melainkan dapat mendengar bunyi air terjun.

Photo from google

photo from google
Perjalanan diteruskan...kepenatan mula terasa. Tidak sabar rasanya hendak berehat di dalam bilik hotel. Namun dalam cuaca sejuk dengan jalan raya yang licin, perjalanan menjadi lambat. 
Akhirnya jam 10 malam kami tiba di Engelberg. 

Central Hotel. Kami menginp di sini.

Engelberg adalah sebuah bandar peranginan . kedudukkannya yang dikelilingi banjaran Alps menjadi pilihan pelawat pada musim sejuk untuk bermain ski.
kami menginap di hotel Central. Ketika sampai di situ, salji turun seolah-olah menyambut kehadiran kami.... to be cotinue.

tamat hari ketiga.









No comments:

Post a Comment