Sunday, September 27, 2015

Singapore

Cuti sekolah datang lagi namun cuaca di Malaysia dan Singapore tidak begitu mengujakan. Jerebu di sana sini. Memandangkan hotel sudah di booking awal-awal so perjalanan tetap diteruskan. Cuma kali ini suami dan Alya tidak dapat bersama kerana komitmen masing-masing.
Adik dan isterinya yang datang dari Sarawak dan adik di Johor bersama kami ke Singapore. Bermalam di rumah adik di Johor dan keesokkan paginya kami ke Singapore dengan menaiki bas. Plan asal nak naik train shuttle Tebrau dari JB sentral ke woodland tetapi sold out pulak . Alhamdulillah perjalanan lancar. Sekejap je dah sampai woodland.
Selepas melepasi pemeriksaan imigresen, kami terus ke hotel di area Geylang. kami stay kat fragrance Hotel Pearl. lepas simpan semua beg dalam bilik, kami pun terus meredah Singapura.

Hari pertama tu kami ke area Bugis street, Kampung Glam, Masjid Sultan, Arab street, Malay Heritage Centre.

Aljunied MRT station.  satu-satunya station yang terdekat dengan hotel kami, so dari hotel kami berjalan kaki dalam 15-20 minit juga.  

Bugis Street... kat sini beli souvenir saja.

Adik dan isterinya di depan Masjid Sultan. Pada masa itu beberapa bahagian bangunan di tutup untuk kerja-kerja renovation.


Arab Street



Tak dapat masuk...ditutup untuk kerja-kerja penambahbaikkan. so ambik gambar  kat kawasan ni sajalah

Istana kampung Glam






Hari kedua, destinasi pertama kami ialah Garden By The Bay. Awesome and amazing !


Posing dulu sebelum masuk ke dalam.
 Bila dah masuk ke sini, perkara pertama yang kami buat ialah pergi ke information centre. Taman di sini di bahagikan kepada beberapa bahagian dan dikenakan bayaran. Memang sebelum ke singapore, saya dah google awal-awal tentang Garden of The Bay ni.

OCBC Skyway.... melihat supertree grove


pemandangan dari atas ini sangat menarik

bersama adik 




nak masuk ke cloud forest ni kena bayar lagi kat kaunter. yang menariknya di dalam ini terbahagi kepada beberapa tingkat dan suhu di dalamnya agak sejuk.





Hehehe...






Last sekali masuk ke souvenir shop..dapatlah dua tiga helai baju sebagai kenangan
 kami berada di sini dari pagi sehingga ke tengahari...dan terus lunch . Alhamdulillah, ada McDonald halal di sini.
Lepas makan, kami pun menuju ke bayfront MRT station dengan menaiki shuttle service dengan bayaran 2SGD sorang.


 Destinasi seterusnya ke  tengah kota ...

monunmen yang terdapat dalam bandar

menyusuri tepian sungai disini ada beberapa monumen yang menarik.



Cavenagh bridge





naik bot menyusuri sungai  melihat pemandangan kota singapore yang pesat membangun.





Singgah di Merlion Park

Salah satu tempat yang wajib singgah untuk pelawat luar

Malam tu kami jalan-jalan di Orchard Street. Kawasan yang sangat happening pada waktu malam .

Orchard street
Dari Orchard kami naik MRT lagi ke Plaza Singapore.  Dan station seterusnya betul-betul dalam Plaza singapore. Kami ke sini untuk makan malam kerana dikatakan di sinilah ada beberapa restoren halal boleh di dapati. So malam itu kami makan di secret recepi.
Memandangkan semua sudah kenyang, dan kepenatan berjalan dari pagi hingga ke malam, jadi kami pun balik ke hotel dengan teksi.

Hari ketiga kami naik bas lagi balik ke Johor. Percutian yang sangat menarik untuk saya dan adik-adik. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.




No comments:

Post a Comment