Sunday, August 16, 2015

Nutella Oreo Cheese Cake



Petang yang ceria...Suka Alya bila mama meminta bantuannya tumbuk biskut cracker. InshaAllah, lepas ni bolehlah cari satu food processor...tak susah-susah nak tumbuk lagi..
kek birthday semalam dah abis... mama kena buat lagi sebab ketiga-tiga mereka suka especially Alya.
Cuma kali ini, basenya betul-betul ikut macam yang dalam you tube tu..


alya tolong mama tumbuk cracker sampai halus... well done dear.


Crackers crumb... dicampur sedikit dengan cinnamon and brown sugar.
add mentega yang sudah dicairkan..gaul sekata.


simpan dalam loyang springform ni... tekan kuat dasarnya hingga mampat. then, letak terus dlam freeze supaya ia cepat keras.

Pukul cream cheese hingga lembut...kemudian tambah whip cream, sedikit jus lemon,, gula dan gelatin ( penggunaan gelatin  ini ikut suka...fungsi gelatin ni supaya kek lebih pejal..pastikan gelatin yang halal) Pukul semua adunan hingga kembang kemudian di bahagi kepada dua bahagian.

satu bahagian di campukan dengan biskut oreo yang sudah dipatah-patah.


Tuangkan ke atas base yang sudah mengeras  tadi dan letak terus dalam freeze. tunggu sehingga 30 minit untuk meletakkan adunan yang kedua di atasnya.

Adunan yang kedua dicampurkan dengan 3 sudu besar nutella. 


gaul hingga semua kaler jadi coklat.


lepas tu baru tuang atas adunan pertama tadi.


Letak dalam freeze...4-6 jam...atau semalaman , then boleh dimakan.
Pagi ini baru boleh lihat hasilnya..Alhamdulillah


satu bahagian tu kalau beli kat bakery, agaknya berapa ya...???  buat sendiri lagi jimat.


masing-masing dah ambik bahagian hehehe..



sekian...happy weekend everyone.

No comments:

Post a Comment