Sunday, August 16, 2015

Nutella Oreo Cheese Cake



Petang yang ceria...Suka Alya bila mama meminta bantuannya tumbuk biskut cracker. InshaAllah, lepas ni bolehlah cari satu food processor...tak susah-susah nak tumbuk lagi..
kek birthday semalam dah abis... mama kena buat lagi sebab ketiga-tiga mereka suka especially Alya.
Cuma kali ini, basenya betul-betul ikut macam yang dalam you tube tu..


alya tolong mama tumbuk cracker sampai halus... well done dear.


Crackers crumb... dicampur sedikit dengan cinnamon and brown sugar.
add mentega yang sudah dicairkan..gaul sekata.


simpan dalam loyang springform ni... tekan kuat dasarnya hingga mampat. then, letak terus dlam freeze supaya ia cepat keras.

Pukul cream cheese hingga lembut...kemudian tambah whip cream, sedikit jus lemon,, gula dan gelatin ( penggunaan gelatin  ini ikut suka...fungsi gelatin ni supaya kek lebih pejal..pastikan gelatin yang halal) Pukul semua adunan hingga kembang kemudian di bahagi kepada dua bahagian.

satu bahagian di campukan dengan biskut oreo yang sudah dipatah-patah.


Tuangkan ke atas base yang sudah mengeras  tadi dan letak terus dalam freeze. tunggu sehingga 30 minit untuk meletakkan adunan yang kedua di atasnya.

Adunan yang kedua dicampurkan dengan 3 sudu besar nutella. 


gaul hingga semua kaler jadi coklat.


lepas tu baru tuang atas adunan pertama tadi.


Letak dalam freeze...4-6 jam...atau semalaman , then boleh dimakan.
Pagi ini baru boleh lihat hasilnya..Alhamdulillah


satu bahagian tu kalau beli kat bakery, agaknya berapa ya...???  buat sendiri lagi jimat.


masing-masing dah ambik bahagian hehehe..



sekian...happy weekend everyone.

Friday, August 14, 2015

Alya 13th Birthday

14 Ogos..genap 13 tahun.  Harapan dan doa dari mama moga jadi anak yang taat dan patuh pada perintah Allah...serta berjaya di dunia dan akhirat.

Cerita pasal kek besday... resepinya cari dari you tube..No bake nutella oreo cheesecake. 
Base nya sepatutnya menggunakan cracker crumbs yang dicampor sedikit dengan cinnamon and brown sugar...tetapi saya telah modified..menggunakan oreo, atas permintaan alya yang suka sangat makan oreo.

My birthday girl

Alhamdulillah, pertama kali buat kek birthday untuk anak.

menu kami

yummy macam ice cream.

Tuesday, August 11, 2015

SPA DI RUMAH


Ogos dah......cepatnya masa berlalu..
My Alya masih lagi bercuti so adalah teman di rumah. Today kami buat spa kat rumah..massage2 badan dengan alunan muzik yang menenangkan...waaaa..ngantuk..

Actually dari bulan lepas dah mengintai Airnys ni selepas melihat iklan dalam  FB. Selepas melalui great experience ni, memang saya sangat rekomen sangat-sangat pada ibu-ibu, akak-akak dan makcik-makcik di luar sana.. tak perlu risau nak bersiap-siap, meredah jem dan mencari parking...Panggil je mereka datang rumah...Airnys Spa ni  akan set up ruang tempat kita berurut tu sebijik macam kat spa...a luxury spa in your own home !
Therapist nya berpengalaman dan very friendly..



Spa delivered to your home..Anywhere you want. When you want.
Nak lihat pakej-pakej treatment boleh mengintai kat website mereka Airnys.com

Happy massage day hehehe...