Tuesday, July 21, 2015

Family Day

Raya kedua... unplanning punya kerja.. malam raya pertama suami beli dua bakul besar durian dan mengajak kami semua makan keesokkan harinya di suatu tempat bernama minda. Minda ni terletak di Hulu Dungun. dalam 40 minit perjalanan dari Dungun. Memandangkan sungai di situ cetek dan jernih so kami pun berkelah di situ... makan-makan dan mandi manda sehingga kepenatan.

konvoi 5 buah kereta
singgah sebentar di salah sebuah masjid.
bakar sate ikan

mak pun mandi sama hihihi..

meriahnya kami

makan durian dalam sungai



menunggu sate masak

nasi dagang pun ada


happy family



macam orang hanyut...makan durian dalam sungai hehehe
Seperti biasa bila dah balik rumah..semua kepenatan dan ketiduran zzzzzzzzzzz..

HARI RAYA 2015

Hari raya tahun ini disambut dengan meriah sekali di kampung sebelah suami. Kali ini kesemua adik-beradik merangkap ipar-ipar saya bersama keluarga masing-masing dapat balik kampung beraya bersama. Alhamdulillah 33 orang kesemuanya.
Hari raya pertama kami beramai-ramai menziarahi rumah saudara mara. Dari pagi hingga ke petang. 



bersama kakak dan adik ipar
mak dikelilingi oleh cucu-cucunya














So kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Adidilfitri
 , maaf zahir dan batin.
Sesungguhnya di hari raya inilah ahli keluarga dapat berkumpul bersama dan mengeratkan silaturrahim. Alhamdulillah.

Friday, July 3, 2015

Buffet Ramadhan

Dalam entri yang lepas. saya pernah cerita tentang Restoren D Patin MZ Cafe ni...dekat sangat dengan rumah. Jalan kaki pun boleh.. Sempena bulan yang mulia ni, restoren ini pun tidak ketinggalan membuat buffet Ramadhan. Dan harga yang ditawarkan untuk pelanggan pulak sangat murah berbanding dengan buffet ramadhan lain dalam Putrajaya ni.Sangat berbaloi...menu pulak macam-macam dan sudah semestinya masakan ala kampung, ulam-ulaman... ada kuih muih, bubur cha cha, pengat labu dan macam-macam.
So enjoy the photo.












Selamat berbuka puasa.

Thursday, July 2, 2015

Beras Dari India

Alhamdulillah, petang kelmarin Encik suami selamat mendarat di KLIA selepas flight yang dia naik patah balik semula ke Penang kerana keadaan berjerebu. Namun baggage dia pulak yang tertinggal di Mumbai airport..pulak ada beras di dalamnya..entah macam mana boleh sangkut kat sana, saya pun tak tahu. 
Dan alhamdulillah, hari ni baggage dah dapat. Pihak MAS hantar sampai rumah. Terima Kasih banyaklah




Kalau dah rezeki tak kan ke mana...