Sunday, June 21, 2015

My Chocolate Moist Cake

Hari ke-4 Ramadhan

Pagi-pagi dah Akmal berbunyi...nak minta makan kek coklat. Padahal puasa...ni yang pelik..emmm. Kek coklat yang biasa saya buat di rumah ialah brownie. tapi hari ni terfikir nak buat choc moist cake so try cari dalam google. Alhamdulillah... ini lah hasilnya.

gula,susu cair,susu pekat dan minyak masak dipanas dengan api yang kecil . gaul sehingga adunan larut 

 4 biji  telur dipukul berasingan sehingga kembang. Kemudian baru masukan adunan yang pertama tadi. Diikuti tepung gandun,soda bikarbonat, baking powder dan serbuk koko. Bila semua sudah sebati, adunan boleh dikukus selama 1 jam setengah.

Ni untuk buat topping..gabungan susu cair dan coklat masakan dipanas dengan teknik double boiling.

sebelum tuang topping tu, pastikan kek sejuk terlebih dahulu


Tadaaa...

Alhamdulillah, hidangan untuk berbuka puasa bersama Akmal dan Asma. 

My first trial menjadi..Alhamdulillah..







No comments:

Post a Comment