Monday, May 25, 2015

Hujung Minggu Di Kampung Bonda

 Assalamualaikum,

Petang jumaat minggu lepas, sebaik saja lepas ambik akmal dari kafa, kami terus balik ke kampung. Perjalanan dari Putrajaya ke Gombak saja memerlukan kesabaran yang tinggi... terperangkap dalam jem.. kami singgah di hostel IIS berjumpa dengan Alya sebelum meneruskan perjalanan. Alhamdulillah selepas melalui tol karak, perjalanan lancar hingga ke Kuantan. Ini adalah pertama kali bagi kami sekeluarga balik ke kampung pada waktu malam. Jam 11 malam tiba di Kuantan dan bermalam di hotel. Pagi esoknya baru kami meneruskan perjalanan ke Dungun.

Kesesakan di jalanan...
Aktiviti bila dah ada di kampung.. memetik buah jambu dari pokok gajus.  Selama ni hanya tahu biji gajus...tak pernah lihat buah dan pokoknya..


mak mertua masak lemak buah ni...sedap.




Sebelah petang pergi menziarahi pusara ayah.




Pagi ahad
Tunggu orang tua ni lalu depan rumah... macam benda wajib pulak yang perlu dibuat setiap kali balik ke kampung. Dulu motosikal ni takde bumbung...sekarang dah ada..
macam-macam kuih-muih ada...nasi minyak, nasi dagang, nasi himpit. 

Inilah keunikkan kampung ni... masih ada lagi orang menjual kuih muih cara begini. rasanya di tempat lain  dah lama  takde.

dengan mak memilih sarapan pagi.



Petang tu lepas zohor, kami berangkat pulang ke Putrajaya melalui LPT 2. Alhamdulillah perjalanan lancar. 5 jam dah sampai rumah.
sempat snap di tepi jalan sebelum masuk ke LPT2... rupanya ada juga binatang ni sini. agak merbahaya kepada mereka yang ada memelihara binatang ternakan seperti ayam dan itik.










Thursday, May 21, 2015

Dating

Pagi-pagi dah ke ioi citymall Putrajaya... sama waktu dengan orang nak buka kedai hehehe..Beli belah sedikit barang keperluan rumah . Dan for lunch kami memilih untuk mencuba makanan di restoren Sopoong  yang baru buka... decor yang cantik dan  tenang dengan kaler putih.. Alhamdulillah hidangan korea di sini halal.

Dalam restoren Sopoong yang baru.

menikmati makanan korea yang sedap....makan pulak masa perut tengah lapar..

Makan-makan

Cerita hujung minggu yang lalu.  Alya pun ada bersama..Lunch buffet kat Marriot Hotel Putrajaya.




Bowling Time


Bila anak-anak pergi sekolah, kami  main bowling di Superbowl,alamanda Putrajaya.  Bila lama tak main, point pun entah ke mana... 
Anyway, dapat panaskan badan dan meluang masa bersama dia yang tersayang itu lebih utama.