Monday, April 6, 2015

Pindah Sekolah Baru

 Assalamualaikum
Selamat Pagi.

Minggu ini rutin kembali seperti biasa ... Setelah mengharungi minggu yang teramat sibuk minggu lepas dengan pertukaran sekolah our girl, Alya. Hari ini hari pertama Alya melapor diri di kelas baru dan  jumpa kawan-kawan baru yang terdiri dari berbilang bangsa dan negara. Alya sekarang belajar di International Islamic School (IIS). Semoga my girl cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di sana.

Sekolah baru Alya

Alya kami masukkan di asrama kerana jarak antara Gombak dan Putrajaya agak jauh. Namun masih di kira dekat  jika hendak dibandingkan dengan sekolah lamanya di Rembau. Alhamdulillah, kebetulan pula, ketika itu pelajar-pelajar IIS sedang berpindah masuk ke asrama baru di dalam kampus UIA.. Bangunan baru dengan persekitaran yang baik. Alhamdulillah.

Asrama pelajar IIS

Bilik yang selesa...sorang satu. Bilik Alya mengadap fakulti ICT. Hari-hari mengadap universiti...semoga tercapai impiannya untuk belajar di universiti satu hari nanti.

Ruang dapur, belum lengkap sepenuhnya kerana masih baru, sepatutnya ada water cooler dan microwave di atas dapur..satu peti ais disediakan.
 Apa pun seperti mana peraturan di asrama lain, memasak tidak dibenarkan kerana makan minum sudah disediakan..

Beranda dan tempat jemur baju. Bilik laundry di sediakan di tingkat bawah asrama.

Asrama apartmen 4 bilik ini  diduduki oleh 4 orang pelajar dengan setiap orang dapat satu bilik. 

Bilik alya

Pastikan sentiasa dalam keadaan yang kemas.

Sebagai seorang ibu, hati saya turut gembira dan senang dengan persekitaran baru ini. Memanglah semuanya atas duit...adakalanya kita kena berkorban dalam hidup ini demi mereka yang kita kasihi.
InshaAllah, everything will be okay. 





No comments:

Post a Comment