Wednesday, April 22, 2015

Restoren Baru...Dekat Rumah


Nak cerita tentang restoren baru pulak, dekat benar dengan rumah...best nyer..baru buka bulan mac lepas.. bersebelahan dengan futsal 1 Malaysia. Namanya D'Patin MZ cafe kat presint 18, Putrajaya.
Menu tengaharinya banyak... sesiapa yang gemar menu ala kampung..so di sinilah tempatnya. Dan sesuai dengan nama restoren nya so ikan patin adalah menu utama di sini. Sebelah petang dan malam pulak menu makanan panas. A la carte.


Dalam yang luas



Pelbagai jenis juadah ala kampung


Main Bowling

Dua hari lepas saya ambil Alya ..bawa balik ke rumah sebab sekolah Alya sekarang sedang bercuti seminggu (3 Term)...so adalah kawan dalam minggu ni..sempat main bowling dengannya...




 We are having a great time together.

Friday, April 10, 2015

My Alya

Salam Jumaat yang indah

Hari ini masuk hari ke lima my girl Alya belajar di International Islamic School dalam gred 7. Mungkin bukan mudah bagi dia hendak bersaing dengan rakan-rakan baru dalam kelas yang sudah berada di sana dari first term kerana Alya masuk belajar di sana pada hampir di penghujung second term. Belajar untuk peperiksaan o-level tidak sama jadual persekolahannya dengan sekolah kerajaan di Malaysia . Cuti jua begitu. Namun saya percaya pada kemampuan Alya . Setiap yang bermula pasti melalui detik kesukaran. InshaAllah you can do it.



Sebagai ibu, hati saya turut bersedih mengenang dirinya yang rindu pada kawan-kawan di Stias. Saya dapat rasakan, setiap kali balik ke asrama, bersendirian di bilik, pasti dia merindui mereka di sana kerana sebelum ini hidup Alya di Stias sentiasa di kelilingi kawan-kawan dalam dorm.
Moga Alya ku tabah menghadapi semua ini. Mujur juga di sana boleh bawa handphone so hampir setiap malam dapat berborak dan berbalas sms dengannya.

Doa mama sentiasa bersamamu..semoga dimudahkan menerima pelajaran baru dan boleh menjaga diri sebaiknya.

Monday, April 6, 2015

Pindah Sekolah Baru

 Assalamualaikum
Selamat Pagi.

Minggu ini rutin kembali seperti biasa ... Setelah mengharungi minggu yang teramat sibuk minggu lepas dengan pertukaran sekolah our girl, Alya. Hari ini hari pertama Alya melapor diri di kelas baru dan  jumpa kawan-kawan baru yang terdiri dari berbilang bangsa dan negara. Alya sekarang belajar di International Islamic School (IIS). Semoga my girl cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di sana.

Sekolah baru Alya

Alya kami masukkan di asrama kerana jarak antara Gombak dan Putrajaya agak jauh. Namun masih di kira dekat  jika hendak dibandingkan dengan sekolah lamanya di Rembau. Alhamdulillah, kebetulan pula, ketika itu pelajar-pelajar IIS sedang berpindah masuk ke asrama baru di dalam kampus UIA.. Bangunan baru dengan persekitaran yang baik. Alhamdulillah.

Asrama pelajar IIS

Bilik yang selesa...sorang satu. Bilik Alya mengadap fakulti ICT. Hari-hari mengadap universiti...semoga tercapai impiannya untuk belajar di universiti satu hari nanti.

Ruang dapur, belum lengkap sepenuhnya kerana masih baru, sepatutnya ada water cooler dan microwave di atas dapur..satu peti ais disediakan.
 Apa pun seperti mana peraturan di asrama lain, memasak tidak dibenarkan kerana makan minum sudah disediakan..

Beranda dan tempat jemur baju. Bilik laundry di sediakan di tingkat bawah asrama.

Asrama apartmen 4 bilik ini  diduduki oleh 4 orang pelajar dengan setiap orang dapat satu bilik. 

Bilik alya

Pastikan sentiasa dalam keadaan yang kemas.

Sebagai seorang ibu, hati saya turut gembira dan senang dengan persekitaran baru ini. Memanglah semuanya atas duit...adakalanya kita kena berkorban dalam hidup ini demi mereka yang kita kasihi.
InshaAllah, everything will be okay.