Thursday, March 26, 2015

Kembara New Zealand ( Part 4......Last day & Hobbiton Movie Set )

Day 5 ( 21- Mac-2015)

Kami bangun awal lagi dan terus check out dari hotel pagi ini. Sebabnya agenda terakhir kami ialah melawat ke Hobbiton Movie Set yang terletak di Matamata. 2 jam perjalanan dari bandar Auckland.
Namun perkara yang tidak disangka-sangka telah berlaku...surprise saturday morning...kereta sewa kami hilang. Rupanya  semalam suami parking kat depan hotel yang ada yellow line. Pekerja yang di kaunter memberitahu boleh parking di situ asalkan kena alihkan kereta sebelum jam 8 pagi. Semalam parking kereta fully booked. Rupanya kena book awal-awal..
Dengan bantuan staff di kaunter, akhirnya kami tahu kereta kena tarik oleh penguatkuasa jam 11 malam. Pengajaran juga untuk kami agar tidak mudah mendengar nasihat orang lain agar parking di yellow line. law is law. Whiteman never sleep ! Suami pun pergi ke pejabat penguatkuasa dengan taxi dan mendapat balik kereta. Risau lambat tiba di Hobbiton Movie set so kami terus ke sana. Tour yang akan kami ikut ialah pada jam 10 pagi..


Kereta polis di belakang...   
Memang nasib kami tidak begitu baik... Dalam perjalanan, kami di tahan oleh polis kerana melebihi had laju. Suami membawa 113km/sejam, Manakala had laju yang ditetapkan ialah 100km/sejam. Ketika polis tiba dekat kereta, Mr police pun ternampak anak-anak yang tidak menggunakan seat belt di belakang. Silap saya dan suami, kerana tergesa-gesa, kami lupa mengingatkan mereka bertiga. kebiasaannya mereka bertiga sentiasa memakai seat belt di belakang. Maka bertingkat-tingkatlah saman kami. Satu lagi pengajaran... Semua saman boleh dibayar secara online dalam tempoh 28 hari.
Kami sempat sampai di Hobbiton Movie Set 10 minit sebelum bas bertolak. Sebuah bas disediakan untuk membawa pelawat masuk ke dalam ladang di mana rumah-rumah hobbit dibina.


HOBBITON MOVIE SET


Dh sampai matamata...sepanjang jalan ialah ladang dan rumah penduduk kampung di sini.



 Kawasan Hobbiton movie set ini asalnya ialah ladang biri-biri seluas 12 ekar yang dimiliki oleh Alevander's family.. Di sini lah rumah-rumah hobbit atau dikenali hobbit's hole dibina untuk pengambaran filem Lord of The Ring dan filem The Hobbit.
































Tanaman sayuran juga terdapat di sini



Giant pumpkin










baju bilbo ke ?

























Masa untuk membeli souvenir "the hobbit".


Tour di hobbiton ini memakan masa 2 jam. Keindahan dan keunikkan rumah-rumah hobbit di sini menarik hati pelawat...namun kami terpaksa mengucap selamat tinggal. Kami kembali semula ke bandar Auckland. Jalan-jalan dan singgah di beberapa buah kedai souvenir gift...ole-ole untuk kawan-kawan Alya dan Asma dan family kami di Malaysia.

6 tahun yang lalu, di tempat yang sama, kami pernah  ambik photo kat sini.

Dalam bandar Auckland

penerbangan pulang...tpi singgah transit di Melbourne 



Dah kat Melbourne Airport

Alhamdulillah jam 9 pagi, hari ahad 22hb Mac 2015, kami semua selamat mendarat di KLIA..kembali dengan seribu kenangan yang indah di bumi New Zealand.
Tidak lupa...big thanks untuk suami tersayang yang menaja bussines class untuk penerbangan pergi dan balik kami..sangat selesa..We Love you so much




TRAVEL AS MUCH AS YOU CAN,
AS FAR AS YOU CAN,
AS LONG AS YOU CAN,
LIFE'S NOT MEANT TO BE LIVED IN ONE PLACE.


Wassalam





No comments:

Post a Comment