Wednesday, March 25, 2015

Kembara New Zealand ( Part 3)


Day 4   ( 20-Mac-2015)

Bangun pagi ni kami merancang nak join glacier explorers. Harap-harap masih ada kekosongan untuk join mana-mana tour pagi ni. Selesai sarapan kami mendaftar untuk aktiviti Glacier explorers. Alhamdulillah dapat tempat untuk tour jam 9.30 pagi..


Pemndangan dari bilik...selak langsir so nampaklah view yang indah ini.

Posing di kawasan motel




 Terdapat banyak aktiviti yang pelawat boleh lakukan di aoraki Mt Cook ini. Namun kami hanya berkesempatan untuk mengikuti aktiviti glacier explorer ini. Memandangkan aktiviti ini tidak termasuk dalam itinerary kami, jadi kami ibarat tentera yang menuju ke medan perang tanpa kelengkapan perisai yang cukup..hehehe... jaket tebal, sarung tangan semua tak bawa. kami pergi ke New Zealand kali ini di awal musim autumn so rasanya tak perlulah nak bawa winter jaket tebal-tebal. Cukuplah jaket nipis atau sweater sahaja... dan bila nak join aktiviti begini kena banyak bertahanlah...Mujurlah ada cahaya matahari yang membantu..tak lah sejuk sangat.

Perjalanan ke Tasman Glacier 
 Bas disediakan di depan hotel dan dengan bas inilah yang membawa kami ke Tasman Glacier, then followed by a 30 minute alpine walk  through the moraine and National Park.









 iceberg yang besar ini hanya 1/3 saja di atas air. manakala 2/3 lagi berada di bahagian bawah.

sempat mengambil ketulan ice



Subhanallah








Unexpected journey.... but we are so happy.

perjalanan pulang .... Bas disediakan dan menghantar kami balik semula ke hotel.



Jam 1 petang kami berangkat meninggalkan Mt Cook. Pergi dengan seribu kenangan manis. 
Sebelum balik, sempat lagi ambil gambar di sekitar hotel.
Perjalanan diteruskan sejauh 262 km menuju ke Queenstown.








Lagi pemandangan indah sepanjang perjalanan ke Queenstown.

On the way tu, kami singgah di Cromwell.  Mrs Jones fruit orchard adalah salah satu tempat yang agak famous untuk pelancong luar. Kebanyakkan yang singgah di sini sebab nak merasa dan membeli buah-buahan yang fresh dari ladang buah.









Inilah market buah tu..
Perjalanan di teruskan ke Queenstown...Lagi pemandangan yang indah sepanjang perjalanan kami.







Kami tiba di bandar queenstown jam 4 petang. Sebelum menuju ke airport untuk penerbangan ke Auckland jam 6.05 petang, kami sempat ke Skyline Gondola... up to bob's peak.










Bandar Queenstown



Queenstown Airport

Pemandangan gunung ganang di sekeliling Queenstown airport

Naik domestik flight...Air New Zealand
 Penerbangan ke Auckland mengambil masa 1jam 50 minit. Kami tiba di Auckland pada jam 7.55 petang.
Seperti biasa, perkara pertama yang di buat ialah, menguruskan hal sewa kereta. Di Auckland kami menyewa kereta Toyota Camry Hibrid.


Auckland Tower di waktu malam.
 Malam itu kami bermalam di Auckland Oaks hotel & service apartment. Dua bilik.





Kami singgah makan nasi beriani di salah sebuah restoren India. Lepas makan kami tak bercadang nak merayau lagi...semua dah kepenatan selepas melalui perjalanan yang panjang.
Selamat malam zzzzzzzz...
















No comments:

Post a Comment