Wednesday, March 25, 2015

Kembara New Zealand ( Part 2)


Salam ceria dan bahagia.

Dah 4 hari balik dari New Zealand, baru ada masa nak mengupdate perjalanan kami di New Zealand.
Alya sudah di hantar balik ke STIAS di Rembau. Asma dan Akmal pun memulakan persekolahan seperti biasa..So tinggal lah saya dan suami yang masih off day kat rumah...
Ok nak sambung kisah kami lagi.

Day 3 (  19-Mac-2015)

Pagi-pagi lagi kami dah bangun. Sarapan dalam bilik sahaja dengan makanan yang kami bekal dari Malaysia. Bun gardenia dan maggi cukuplah untuk mengalas perut. Selesai Check out, kami menuju ke bandar Christchurch. Bandar Christchurch masih dalam proses membaik pulih, kesan daripada gempa bumi yang berlaku pada tahun 2011 dulu.
Depan bilik


baru lepas hujan...menambah kedinginan pagi


suasana sekeliling Arthur Court Motor Lodge


bandar Christchurch






New Regent Street...sunyi, kedai tak buka lagi pagi-pagi.




New Regent Street

Antara yang terjejas teruk ialah Christchurch Cathedral




masih dalam pembinaan semula






Christchurh  Cathedrl Square

then kami menuju ke Hagley Park and botanic garden..Dalam perjalanan ternampak masjid. Sempat singgah situ.





Masjid ini berada di kawasan perumahan penduduk di sini..kemudian kami menuju ke Hagley Park & botanic garden. Kedinginan pagi amat terasa walau matahari sudah memancarkan cahaya yang terang. Terdapat juga pelawat lain dan penduduk di situ yang sedang berjogging.


GAMBAR_GAMBAR KAT HAGLEY PARK & BOTANIC GARDEN

















































Abis jalan-jalan dalam taman, kami merancang nak naik gondola..Christchurch gondola memang sudah termasuk dalam itinerary kami. Tapi sempat singgah lagi kat satu tempat yang dinamakan Re.estart. Ianya kawasan membeli belah cuma yang uniknya bangunan di situ seperti sebuah kontena besar. Tidak dapat saya pastikan..adakah bangunan itu dibina selepas kejadian eartquake 2011.




Tram dalam bandar yang membawa pelancong..sayang sekali kami tidak berkesempatan menaikinya kerana kesuntukkan masa.


Bridge of  Rememberance dalam pembinaan






Pemain Cricket dari mana ni ????




Jalan-jalan cari souvenir





GAMBAR-GAMBAR KAT CHRISTCHURH GONDOLA



























Ternyata sebahagian besar Pulau Selatan New Zealand ini di kelilingi dengan gunung-ganang dan bukit bukau. Terpegun seketika menyaksikan keindahan pemandangan dari atas ini. Subhanallah.

Tengahari tu, kami pun meninggalkan bandar Christchurch. Perjalanan masih panjang. Destinasi kami yang seterusnya ialah Lake Tekapo dan Aoraki Mount Cook.

Dalam perjalanan, seperti biasa, anak-anak tidur di belakang. Sesekali saya pun terlelap juga. Tinggallah encik suami memandu sorang-sorang.

Dah masuk pukul 2 petang, semua kelaparan, Setelah memandu 89KM kami decide singgah di bandar Asburton untuk mencari restoren halal. Jumpa satu kedai India halal tapi tutup lah pulak. Mujur kami terjumpa dengan kiosk makanan segera halal..Turkish Kebab. Alhamdulillah.


sempat posing depan ni hehehe..


2.30 petang, duduk menunggu kebab siap. saya dan Alya menggigil kesejukkan.

Alhamdulillah, selesai makan, perjalanan diteruskan sejauh 139KM menuju ke Lake Tekapo. Suami di sebelah memandu, saya snap gambar pemandangan sana sini. Amazing scenery.










GAMBAR KAT LAKE TEKAPO

























Pemandangan yang sungguh indah di sekitar Lake Tekapo ini, so tidak hairanlah ia merupakan salah satu tempat perhentian pelancong untuk mengabadikan kenangan bergambar di sini. Kedudukkan iconic dog status dan Church of good sherpard di tepi tasik ini menambahkan lagi keunikkan lake Tekapo.

kami hanya siggah selama 20 minit di sini dan menerukan perjalanan ke Mt Cook.  Masih ada 104KM lagi untuk sampai ke Mt Cook.
Pemandangan sepanjang perjalanan ke Mt Cook




Dari jauh, kami dapat melihat salji menutupi gunung-ganang








Kawasan Motel...di kaki gunung


dikelilingi gunung-ganang


Room 322...bilik kami


Dalam bilik...Alhamdulillah cukup selesa untuk kami sekeluarga.


Bilik Alya Asma & Akmal


Aktiviti wajib..sempat cuci baju kat bilik laundry berdekatan motel


Laundry room hanya dibuka 10am-10pm. Kena sediakan duit syiling 2 dollar kerana washing machine dan dryer di sini hanya menerima  syiling 2 dollar. sekali cuci 4 dollar melayang. begitu juga dengan penggunaan dryer

Bilik di The Hermitage hotel ini kami memang sudah tempah awal-awal sebelum berangkat ke New Zealand. Motel family memang sesuai untuk yang berkeluarga seperti kami.


tempah kat website ini. www.hermitage.co.nz

malam zzzz..








No comments:

Post a Comment