Friday, February 20, 2015

Pilihan Untuk Pergi Melancong..


Saya sering menerima pertanyaan dari kawan-kawan atau ahli keluarga... tentang pergi melancong. Yang mana lebih baik... pergi sendiri atau ambil mana-mana pakej dari agensi pelancongan.

Bagi saya, pergi melancong ke luar negara samada melalui agensi pelancongan atau diurus sendiri ada pro dan kontranya. Ok, saya akan menerangkan base on pengalaman kami sekeluarga .
Alhamdulillah dikurniakan nikmat rezeki yang lebih dan kesihatan yang baik dan tahun 2008, adalah permulaan bagi saya dan keluarga melancong ke luar negara dan

Alasmal blogspot
Nami Island, Korea 2008

Destinasi pertama ketika itu ialah negara Korea Selatan. Kami mengambil pakej penuh dengan Reliance Travel. Pakej penuh yang saya maksudkan di sini ialah flight ticket pergi balik, pengurusan visa (jika ada) penginapan di sana, makan minum, pengangkutan sewaktu berada di sana dan tiket untuk masuk ke mana-mana taman, galeri atau taman tema. Pelanggan seperti kami hanya membayar pakej tersebut. Dalam erti kata lain, tiada apa yang kita perlu risaukan kerana semuanya sudah diuruskan oleh pihak agensi pelancongan tersebut.  Atur cara perjalanan dari pagi hingga ke malam semua sudah disediakan awal-awal. Pelanggan hanya perlu membawa diri dan pocket money untuk membeli belah di sana.

Auckland 2009

Beijing,China 2010
Then, in 2009. kami merancang melancong lagi. Kali ini ke Auckland, New Zealand..cuma bezanya kali ini kami merancang untuk pergi sendiri..
Bila pergi melancong ke luar negara cara begini, there is a lot a thing you have to do and study.




1. Perkara pertama yang kita harus tahu ialah VISA. Sesetengah negara memerlukan kita memohon visa terlebih dahulu..Dan biasanya visa ini boleh dimohon secara online.

2. Kemudian perkara kedua yang anda harus tahu ialah peraturan memandu di negara yang anda hendak tuju. Pastikan anda memiliki International Driving Lisence terlebih dahulu.

3. Flight ticket... Bila dah tahu tarikh yang sesuai untuk pergi melancong, sebaiknya mulalah mengintai harga tiket awal-awal dan boleh membuat perbandingan harga di antara satu airline ke satu airline.

4. Place to visit. Masa ini Mr.Google sangat berguna. Di sinilah anda boleh menjelajah secara maya ke tempat yang ingin di lawat. Pastikan di catat nama tempat dan alamat (sangat penting !!) Malah anda boleh membuat pengiraan perjalanan dari satu tempat ke satu tempat menggunakan google map.

5. Penginapan.  Biasanya apa yang kami sekeluarga buat  ialah, list out tempat yang ingin dilawat dan ambik kira masa berada di satu-satu tempat tersebut. Dengan ini, kami akan senang decide di area mana kami akan menginap pada malam itu. dan tempahan hotel ini juga kami akan buat awal-awal .

6. Makan-minum...google lagi..cari halal restaurant . InshaAllah ada. dan catatlah nama restoren dan alamatnya. Atau bekal makanan siap-siap dari rumah.

7. Kereta sewa dan GPS.  Tempahan kereta sewa dan GPS ini kami akan buat awal-awal sebelum berangkat. Sebenarnya tidaklah susah sangat kerana biasanya kami akan menempah kereta sewa dari syarikat yang beroperasi di dalam airport negara tersebut.
InshaAllah, jika anda sudah mencatat tempat dan alamat yang ingin dituju, dengan bantuan GPS, anda tidak akan tersesat. Alhamdulillah inilah pengalaman kami sekeluarga semasa mengambil keputusan untuk memandu sendiri.

Perth, Australia 2012

Disneyland Tokyo 2014

Tahun-tahun seterusnya hingga sekarang, inilah cara yang kami buat jika ingin melancong ke luar negara... kalau tak nak fikir banyak, ambil saja pakej dengan agensi pelancongan. Jika anda tanya yang mana satu lebih murah..sejujurnya pergi sendiri lebih murah. Malah anda tidak terikat dengan jadual yang disediakan oleh pihak travel agent... Masa milik anda, kita sendiri yang menentukannya.
Cuma kena buat research banyaklah sebelum berangkat. Jangan main redah je.. Pastikan ada ilmu sebelum berangkat .



Semoga coretan kali ini memberi manfaat kepada mereka yang sudi singgah di sini. InshaAllah, jika ada lagi pengembaraan selepas ini, akan saya kongsikan di sini lagi.

 bye..........









1 comment: