Sunday, February 22, 2015

Melawat Tugu Negara & Muzium Polis


Sempena Cuti Tahun Baru Cina ni, adik dan keluarga yang menetap di Johor pun datang menziarahi kami sekeluarga semalam. Agenda hari ini, melawat ke Tugu Negara katanya. Lawatan kali pertama untuk adik tetapi kali kedua untuk saya...agak-agak 7 tahun yang lalu.  Anak saudara yang belajar di UNIKL Lumut pun ada bersama...The More The Merrier.






Bersama adik

Akmal with cousin, Infazah & Amer



My girl Asma













Selepas habis sessi melawat di tugu negara, kami beralih pula ke Muzium Polis. Pertama kali menjejak kaki di sini. Rasanya promosi untuk Muzium Polis ini agak kurang kerana pada musim cuti sekolah begini tidak begitu ramai pelawat datang.
Rasanya patut ada promosi yang hebat ...kerana di sinilah kita dan generasi akan datang tahu sejarah Polis di negara kita. Pengorbanan dan jasa mereka mengawal keamanan negara patut di sanjung tinggi.




Kami di beritahu ini adalah kepala seladang sebenar yang di awet. Seladang ini di tangkap kerana pernah membunuh Pesuruh jaya Polis Negeri-negeri melayu Bersekutu iaitu Kpten Harry Charles Syers.


Ketua Polis Negara yang Ketiga mati ditembak di dalam kereta ini.


Kisah Seladang pembunuh.


Tak sia-sia lawatan ke sini. Banyak pengetahuan tentang sejarah Polis yang kami perolehi. Anak-anak pun dapat didedahkan awal dengan sejarah begini.

Bolehlah masuk dalam list sebagai tempat "must go" jika datang ke Kuala Lumpur...
Very recommended.

Bye. See you in next entri.

Friday, February 20, 2015

Pilihan Untuk Pergi Melancong..


Saya sering menerima pertanyaan dari kawan-kawan atau ahli keluarga... tentang pergi melancong. Yang mana lebih baik... pergi sendiri atau ambil mana-mana pakej dari agensi pelancongan.

Bagi saya, pergi melancong ke luar negara samada melalui agensi pelancongan atau diurus sendiri ada pro dan kontranya. Ok, saya akan menerangkan base on pengalaman kami sekeluarga .
Alhamdulillah dikurniakan nikmat rezeki yang lebih dan kesihatan yang baik dan tahun 2008, adalah permulaan bagi saya dan keluarga melancong ke luar negara dan

Alasmal blogspot
Nami Island, Korea 2008

Destinasi pertama ketika itu ialah negara Korea Selatan. Kami mengambil pakej penuh dengan Reliance Travel. Pakej penuh yang saya maksudkan di sini ialah flight ticket pergi balik, pengurusan visa (jika ada) penginapan di sana, makan minum, pengangkutan sewaktu berada di sana dan tiket untuk masuk ke mana-mana taman, galeri atau taman tema. Pelanggan seperti kami hanya membayar pakej tersebut. Dalam erti kata lain, tiada apa yang kita perlu risaukan kerana semuanya sudah diuruskan oleh pihak agensi pelancongan tersebut.  Atur cara perjalanan dari pagi hingga ke malam semua sudah disediakan awal-awal. Pelanggan hanya perlu membawa diri dan pocket money untuk membeli belah di sana.

Auckland 2009

Beijing,China 2010
Then, in 2009. kami merancang melancong lagi. Kali ini ke Auckland, New Zealand..cuma bezanya kali ini kami merancang untuk pergi sendiri..
Bila pergi melancong ke luar negara cara begini, there is a lot a thing you have to do and study.




1. Perkara pertama yang kita harus tahu ialah VISA. Sesetengah negara memerlukan kita memohon visa terlebih dahulu..Dan biasanya visa ini boleh dimohon secara online.

2. Kemudian perkara kedua yang anda harus tahu ialah peraturan memandu di negara yang anda hendak tuju. Pastikan anda memiliki International Driving Lisence terlebih dahulu.

3. Flight ticket... Bila dah tahu tarikh yang sesuai untuk pergi melancong, sebaiknya mulalah mengintai harga tiket awal-awal dan boleh membuat perbandingan harga di antara satu airline ke satu airline.

4. Place to visit. Masa ini Mr.Google sangat berguna. Di sinilah anda boleh menjelajah secara maya ke tempat yang ingin di lawat. Pastikan di catat nama tempat dan alamat (sangat penting !!) Malah anda boleh membuat pengiraan perjalanan dari satu tempat ke satu tempat menggunakan google map.

5. Penginapan.  Biasanya apa yang kami sekeluarga buat  ialah, list out tempat yang ingin dilawat dan ambik kira masa berada di satu-satu tempat tersebut. Dengan ini, kami akan senang decide di area mana kami akan menginap pada malam itu. dan tempahan hotel ini juga kami akan buat awal-awal .

6. Makan-minum...google lagi..cari halal restaurant . InshaAllah ada. dan catatlah nama restoren dan alamatnya. Atau bekal makanan siap-siap dari rumah.

7. Kereta sewa dan GPS.  Tempahan kereta sewa dan GPS ini kami akan buat awal-awal sebelum berangkat. Sebenarnya tidaklah susah sangat kerana biasanya kami akan menempah kereta sewa dari syarikat yang beroperasi di dalam airport negara tersebut.
InshaAllah, jika anda sudah mencatat tempat dan alamat yang ingin dituju, dengan bantuan GPS, anda tidak akan tersesat. Alhamdulillah inilah pengalaman kami sekeluarga semasa mengambil keputusan untuk memandu sendiri.

Perth, Australia 2012

Disneyland Tokyo 2014

Tahun-tahun seterusnya hingga sekarang, inilah cara yang kami buat jika ingin melancong ke luar negara... kalau tak nak fikir banyak, ambil saja pakej dengan agensi pelancongan. Jika anda tanya yang mana satu lebih murah..sejujurnya pergi sendiri lebih murah. Malah anda tidak terikat dengan jadual yang disediakan oleh pihak travel agent... Masa milik anda, kita sendiri yang menentukannya.
Cuma kena buat research banyaklah sebelum berangkat. Jangan main redah je.. Pastikan ada ilmu sebelum berangkat .



Semoga coretan kali ini memberi manfaat kepada mereka yang sudi singgah di sini. InshaAllah, jika ada lagi pengembaraan selepas ini, akan saya kongsikan di sini lagi.

 bye..........









Wednesday, February 18, 2015

Kek Coklat

Kek coklat bukanlah kegemaran saya. Tetapi hari ni tetap membuatnya sebab Akmal dan Asma gemar makan kek coklat.. so aktiviti pagi ini baking kek coklat.








Siap...

Monday, February 16, 2015

Soalan Akmal....

Dalam perjalanan pulang ke rumah dari Rembau petang kelmarin...tiba-tiba Akmal bertanya..kalau orang mati lama ke..
Mama jawab..mestilah, orang mati mana boleh bangun balik. Tiba-tiba Akmal menangis sambil bkata " tp dalam lubang tu gelap"... akmal takut..
Mama sebak..anak sekecil itu boleh memikirkan  soal mati...bagaimana dengan kita yang dewasa ini..?
Akan ada kah cahaya di sana nanti ???



Pusara Almarhum Tok guru Nik Aziz Ni Mat. Al-Fatihah.
(photo from Facebook  Kakchik AbayaElegan)

Friday, February 13, 2015

Pemergian Seorang Ulama Kesayangan



Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, nama yang sutu ketika dahulu tidak pernah ku ambik peduli. Sehinggalah aku berkahwin... Rupanya suami  memiliki buku-buku tulisan beliau. Sejak itu aku mula mengenalinya, pernah membeli sendiri buku-buku tulisannya...dan yang penting aku peduli siapa dia, perjuangannya, latar belakangnya dan kewarakkan dan zuhudnya beliau.

Semalam dan hari ini airmata tidak henti mengalir.... Beliau sudah tiada lagi.Allah lebih menyayanginya. Pergi dalam usia 84 tahun. Pemergiannya diratapi oleh seluruh rakyat Malaysia yang menyayanginya. 

Berehatlah Tok Guru..
Dari segala perjuanganmu di dunia ini.
Bersemadilah dengan aman..
Moga damai kau di sana.
Bersama para anbiyya dan syuhada..
Moga Allah swt mengangkat ketinggian darjatmu
di sisiNya.

Al-Fatihah.

Tuesday, February 10, 2015

Mengatur pengembaraan


Selamat pagi.. Di luar cerah dan panas. 
bagus untuk otak untuk mencari idea-idea baru.


Perjalanan ke New Zealand yang telah kami rancang kami rancang awal terpaksa diubah semula. pening... dari satu website ke satu website mencari flight . Kali ni plan nak drive sendiri siri jelajah Pulau Utara dan Selatan kononnya..Revise balik perjalanan dari arah mana . 
sedang leka mengatur itinerary, baru teringat pagi ni kena pergi sekolah Akmal ambik wang bantuan murid RM100. Mujurlah sekolah dekat je dengan rumah.

 Balik dari sekolah Akmal, sempat singgah petronas isi minyak...masuk dalam kedai, terliur pulak melihat kuih muih ni.

Kole kacang..orang ni memang pandai buat kole kacang. Sedap ooo..


Ok lah, sambung buat kerja dulu...

Monday, February 9, 2015

USIA 40 TAHUN





RAMAI tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. ALLAH SWT. berfirman,


حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

“Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada ALLAH.

Pada ayat yang lain, firman ALLAH:

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ

Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)

Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada ALLAH dengan bersungguh-sungguh.

Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka ALLAH memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian.


Usia 40 peringatan buat diri ini.

(copy from sinar harian)

PERASMIAN ZAWIYYAH MUHAMMADIYYAH LIL ULUM AL NAQLIYYAH

 Assalamualaikum,

31hb Januari 2015 yang lalu, kami bertolak ke STIAS. Malam itu ada program perasmian dewan baru dan aliran ilmu Naqli.
Aliran ilmu Naqli ialah suatu jurusan yang menumpukan kepada program pendidikan dan pembelajaran bagi melahirkan ulama pewaris Nabi yang berkaliber dan mantap di bawah aliran Al Quran dan Hadith.
Alhamdulillah, puteriku salah seorang di antara pelajar yang terpilih untuk mengikuti aliran ini. Mama dan Yan bersyukur dengan pilihan ini. Doa kami semoga Alya istiqamah dan berjaya di dalam aliran Naqli ini.













(Kredit:Photo From STIAS Album)