Sunday, January 4, 2015

ALYA MASUK ASRAMA

Tahun 2015 bermula dengan cerita baru,anakanda puteri kesayangan, Alya masuk asrama. Alhamdulillah Alya terpilih ke untuk belajar di Sekolah Tinggi Islam As Sofa di Rembau (STIAS).
Walaupun hanya berjaya mendapat 4A 1B dalam UPSR yang lalu, namun Allah janjikan rezeki Alya belajar di tempat yang jauh lebih baik."Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan". STIAS adalah sebuah sekolah swasta yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikkan Malaysia.
Walaupun sessi persekolahan telah ditangguhkan lagi selama seminggu akibat banjir besar yang melanda beberapa negeri di Malaysia, namun di STIAS sessi pendaftaran dan menghantar anak-anak ke asrama tetap berjalan seperti yang telah dijadualkan. 30hb Disember 2014, Pagi itu saya menghantar alya ke STIAS. Majlis dimulakan dengan taklimat untuk ibubapa dan seterusnya mendaftar Alya.

Dalam kelas...pendaftaran pelajar baru.
 Meninggalkan Alya di asrama ..berpisah seketika adalah saat yang paling sukar dan perit . Namun demi beroleh ilmu dunia dan akhirat so tetap di gagahkan hati. Semoga anakanda gembira dan cepat serasi dengan kawan baru, suasana baru dan budaya baru.

3hb Januari 2015...Hari yang ditunggu-tunggu. 
Pagi ni bertolak  ke Rembau melawat Alya di STIAS. Syukur alhamdulillah, Alya dah ada kawan dan gembira dengan kehidupan barunya di sana.


Alya bersama ibu saudara dari Johor.

Me and my princess Alya

Adik-adik pun gembira dapat jumpa kakak.


No comments:

Post a Comment