Sunday, December 14, 2014

KENANGAN DI JEPUN

Hari yang ditunggu telah pun tiba. Tanggal 29hb Nov 2014, kami sekeluarga berangkat ke Jepun dengan penerbangan tengah malam dan sampai di airport Kansai pada keesokkan paginya.
Percutian kali ini ialah dengan Apple Muslim Holiday. Pakej 7D/5N Fokus Japan.
Sampai saja di airport, sudah ada bas menunggu kami. Destinasi pertama kami ialah ke Universal Studio yang terletak dalam bandar Osaka.






















Kawasan yang dibuat seperti dalam cerita Harry Porter




Orang ramai..ditambah lagi dengan hujung minggu, hampir sesak semua show dan ada sesetengahnya yang kena beratur panjang sejam hingga dua jam..Nak masuk ke kawasan Jurassic Park saja kami kena beratur hampir satu jam..lenguh kaki, namun demi melayan anak-anak kena gagahkan juga.
Hari pertama ini kami habiskan satu hari di sini. Mujurlah cuaca cerah walaupun kesejukkan sudah mula terasa. Jam 5 petang, kami semua kena  kembali masuk ke dalam bas. Memandangkan waktu itu musim sejuk so jam 5 sudah seperti malam di Malaysia.  Perjalanan diteruskan ke hotel penginapan dalam kawasan Shinsaibasi. Kami stay di Cross Hotel Osaka. Kawasan ini memang sibuk sebagai tempat membeli belah. Namun kami sekeluarga memilih untuk berehat saja di hotel..
Oyasumi nasai ( selamat malam )

Next day  Kyoto.
Selesai saja bersarapan di hotel..tepat jam 8 pagi kami semua bertolak ke Kyoto.
Kyoto (794-1868) hampir 1100 tahun adalah tempat penginapan maharaja. Di situ kami melawat Kiyomizu Temple. Dewan besar kuil (hondo) yang menakjubkan dengan pemandangan indah sekitarnya. Bas parking di satu tempat dan kami semua berjalan kaki  menuju ke sana dimana di kiri kanan nya ialah deretan kedai-kedai yang menjual souvenir Jepun. Kawasan itu namanya Togenzaka,Sanenzaka & Ninenzaka.

Inilah bas yang bawa kami ke sana sini.

Depan Cross Hotel
Perjalanan 45 minit...dan mereka pun rebah.



Hujan renyai-renyai semasa kami tiba. Mujurlah driver bas ada banyak payung yang boleh kami pinjam kejap.

Deretan kedai-kedai souvenir...

Terdapat ramai pelancong asing lain ketika itu.








Harga dari satu kedai dengan kedai yang lain tak banyak bezanya.





Kiyomizu Temple


Pemandangan yang indah ..daun-daun semua bertukar merah dan keorenan masa musim sejok ni.

Kesayangan mama

Subahanallah

Kami sekeluarga


Bersama tour leader Cik Mira Dan Tour guide Mr Jafri. Serta Fredo dari Apple Indonesia. Tour guide kami boleh berbahasa jepun  dan sangat memahami budaya jepun kerana pernah belajar dan bekerja di jepun satu masa dahulu. Inilah kelebihan pada trip kami kali ini. 

Otowa-no-taki, sebuah air terjun yang dikatakan boleh memberi banyak manfaat kesihatan.






Sup sayor dan ikan yang dimasak dalam kertas khas.


Dalam cuaca yang sejuk, perut terasa cepat lapar...so selamat menjamu selera. Time ni suka lihat akmal makan nasi dari beras jepun...agak melekit sikit berasnya.

Sebelah petangnya kami melawat ke Heian Shrine Kyoto, sebuah taman peringatan yang menyimpan sejarah sejak 1100 tahun yang lampau.

Malam tu kami akan bermalam di salah sebuah hotel di Hamamatsu. So untuk ke sana kami akan menaiki bullet train. Sebenarnya naik bas pun boleh, tetapi Apple Muslim Holiday nak kami merasai pengalaman menaiki bullet Train.



Dalam bullet train. dengan kelajuan yang tinggi kami sampai di bandar Hamamatsu dalam tempoh 11 minit sahaja.




Malam tu selepas makan malam di sebuah restoren jepun, kami pun balik ke hotel. Kali ini kami menginap di Okura Act City Hamamatsu.
Bangun pagi, buka tirai baru nampak bandar Hamamatsu...lautan Pacifik didepan. tak berapa nampak.


Next Day......

Seperti biasa pagi ni kami check out lagi sebaik saja selepas sarapan. Perjalanan di teruskan ke Izu-Hakone - Taman Negara Mt Fuji melalui Tomei Expressway.
Dalam perjalanan kami singgah di perhentian ala-ala R&R di Malaysia. Ni bagi penumpang yang ingin ke tandas, maklum sajalah dalam keadaan cuaca yang sejok begini .... Pemandangan di situ cantik dan cuaca yang cerah, kami boleh melihat dengan jelas Mt Fuji.


Photo taken dari dalam bas

Puncaknya yang di selaputi salji
My heroes


Cuaca cerah namun kesejukkan amat terasa.

Perjalanan di teruskan ke Gotemba Outlet Factory. Di sini ialah deretan kedai-kedai yang menjual barangan berjenama, so takde apa nak beli sangat. Just buang masa jalan-jalan dari satu kedai ke kedai yang lain.

Sempat ambik gambar kat tempat parking bas semasa tiba di Gotemba Outle Factory. Pemandangan dari sini sangat indah.










Merajuk sebab lapar...mama tak dapat nak beli makanan di situ yang tidak terjamin halalnya. Terpaksa tunggu  sehingga waktu makan tengahari.

Waktu yang ditunggu...masa ni semua orang dah lapar..

Lunch

Perjalanan diteruskan ke Oshino Hakkai. Kawasan perkampungan.

Setiap kereta atau bas pelawat yang datang ke sini, kena bayar 300yen dan duit dimasukkan ke dalam box hijau  itu.
Dan  yang menariknya, box itu tidak pernah hilang walaupun diletakkkan di kawasan lapang. 

Rumah keluarga di Oshino Hakkai

Tidak ada satu rumah pun yang berpagar. Kejadian rompakan atau pecah rumah tidak berlaku di sini.

Masih ada rumah lama. Atap diperbuat dari jerami.


Istimewanya di dalam kampung ini, selepas Mt Fuji meletus kira-kira 300 tahun yang lalu, lapan kolam air panas telah terbentuk di mana arusnya mengalir dari Mt Fuji. Photo-photo di bawah ialah kolam-kolam air panas yang terbentuk itu.











Di sini kami belajar makan sejenis kuih yang diperbuat dari tepung pulut berintikan red bean dan dibakar. Dijual pada harga 100 yen satu. Sangat sedap.
Perjalanan diteruskan lagi...agenda petang ini ialah pergi ke tahap 5 Mt Fuji, tapi malangnya ketika kami sampai di situ, kaunter ditutup awal kerana keadaan cuaca yang tidak baik. so patah balik. Semasa menuruni Mt Fuji, kami mendengar muzik Mt Fuji seketika.. rupanya jalan di situ telah direka khas, jika jalan itu bergeser dengan tayar,maka akan terdengarlah seperti lagu Mt Fuji dimainkan. Entah macam mana mereka buat...tapi inilah teknologi jepun.

Cuaca semakin gelap walaupun baru jam 5 petang, So  kami pun terus ke hotel. Malam ini kami menginap di Fuji Mihana Hotel.Dan dari dalam bilik saya, boleh melihat dengan jelas Mt Fuji.

Malam ni tidur ala jepun tanpa katil. 


Dalam bilik disediakan Yukata untuk dipakai semasa waktu makan malam ni.


Kami sekeluarga bergaya dengan Yukata




King Crab dari Hokkkaido


Dalam hotel ini disediakan Spa Ryokan(Japanese natural spa resort). Sumber air panasnya adalah dari Mt Fuji. Bahagian lelaki dan wanita dipisahkan tetapi kami tidak berani mencuba berendam dalam kolam air panas itu kerana syarat wajib untuk masuk ke situ ialah tanpa pakaian..tidak kira pakaian dalam atau luar. So malam tu kami berehat sajalah dalam bilik masing-masing.

Next Day

Bergambar kenangan depan Fuji Mihana Hotel
Hotel Fuji Mihana mengadap tasik yang besar.


Bahagian belakang hotel mengadap Mt Fuji

Suhu pagi tu.

Memandangkan petang kelmarin kami tidak berjaya naik ke level 5 Mt Fuji, jadi agenda diteruskan pagi ini..Alhamdulillah cuaca cerah namun kesejukkan dan ditambah angin membuatkan semua pelancong lari ke dalam rumah kedai yang menjual souvenir. Masing-masing mencari heater untuk memanaskan badan.




Selamat tinggal Mt Fuji

Pemandangan yang indah dari level 5.



Bertolak ke kota metropolitan, Tokyo. Perjalanan mengambil masa 2 jam. Tokyo mempunyai populasi penduduk seramai 13 juta orang.





Kota besar yang masih mengekalkan taman-taman dalam bandar.



Makan tengahari..steamboat.


Green pea ini di makan seperti snek...sedap.
Selesai makan tengahari, kami di bawa ke pusat membeli belah di Ginza, tempat yang termahal di Tokyo. Cuci mata saja lah..
















Tokyo tower
Al-quran besar dipamerkan


Rekabentuk  masjid ini adalah dari Turki, jadi di bahagian bawah masjid ini ialah tempat pameran barang-barang dari Turki.Ada yang untuk dijual.  


Singgah solat di Masjid Camii (Tokyo Mosque).. Satu-satunya masjid dalam kota Tokyo ini namun hingga ke hari ini Azan belum lagi dibenarkan berkumandang.. Semoga satu hari nanti kerajaan Jepun lebih terbuka dalam bab agama ini.







Suasana malam di Sinjuku yang juga kawasan membeli belah terkemuka.










Pada malam itu kami stay di Hotel Shinagawa Prince.

Last Day....

Satu hari di Disneyland. Layan photo je lah..hehehe..


KAMI..Bergambar kenangan bersama ahli keluarga yang lain


world bazaar

Nak masuk adventureland


Mark Twain Riverboat


Berpeluang naik kapal ni seolah-olah menyusuri sungai di Amerika.

Patung-patung red Indian di tepi sungai







Sempat menyaksikan persembahan jalanan











area westernland




Castle yang selalu dilihat dalam filem-filem disney







Splash mountain

pengalaman menakutkan..Splash mountain

hujan mula turun..semua kebasahan



Swiss Family Treehouse


Toontown





permainan terakhir yang mereka main.

hari beransur gelap...padahal baru jam 5..

kenangan akhr di disneyland sebelum masuk dalam bas
Disneyland kota keriangan... Puas hati melihat anak-anak gembira. Dan yang lebih saya kagumi ialah tahap kebersihan di Disneyland yang amat dijaga. Tandas-tandas awam disediakan dengan banyak untuk kemudahan pengunjung.Namun begitu, kebersihan tandas  awam di sini dijaga. Sentiasa dalam keadaan yang bersih.
Selesai makan malam, kami pun balik ke hotel..Hotel terakhir kami Tokyo ialah Narita Excel Tokyu Hotel.


Hari ketujuh. Pulang ke tanahair. Sempat lagi bergambar di sekitar kawasan hotel sebelum bas bertolak ke Narita airport.






Di Narita Airport, sempat juga kami berjalan-jalan masuk dari satu kedai ke kedai yang lain.. Tepat 10.30 pagi, penerbangan pulang ke tanahair bersama memori indah .