Thursday, December 25, 2014

Penutup Percutian Tahun 2014

THE LOST WORLD OF TAMBUN

Setelah beberapa hari merancang dan mencari hari apa yang sesuai, akhirnya kami memilih hari ahad  untuk pergi ke Tambun. Kali ni kami konvoi 2 buah kereta sebab, jalan-jalan kali ni bersama keluarga abang dari Sarawak serta adik bongsu dan isterinya. The More The Merrier kata omputih...Kami masuk ke dalam The lost world of Tambun waktu tengahari. Tiket masuk awal-awal dah beli online.(lebih murah, lebih jimat) Hujan yang turun seharian di situ tidak mematahkan semangat pengunjung termasuk kami untuk bermin-main di situ sehingga ke petang. 





















Check out jam 6 petang... Semua kepenatan dan kelaparan..so tempat seterusnya yang di cari ialah tempat makan. Selesai makan, barulah kami pusing-pusing cari alamat homestay yang ditempah secara online juga.. Rumah Teres setingkat dengan 3 bilik. RM 200 semalam.. Bolehlah untuk tidur semalam.

Next day, selepas breakfast roti canai kat kedai mamak, kami pun bertolak ke Teluk Intan.

KOMPLEKS SEJARAH PASIR SALAK

Mengimbau sejarah lama yang pernah berlaku di sini...lebih kurang 139 tahun yang lalu.

Pada November 1874, Birch dilantik sebagai Residen British yang pertama di Perak. Tugasnya adalah mengutip cukai dan mentadbir Perak.
Birch mentadbir negeri tanpa mengambil tahu peraturan kerajaan negeri yang telah lama diamalkan. Beliau juga tidak berusaha belajar adat resam orang Melayu dan Raja-raja Melayu. Birch mengeluarkan arahan menuntut semua hasil cukai dan pendapatan negeri dikutip pegawai kerajaan. Hukuman akan dikenakan kepada mereka yang mengutip cukai tanpa mengikut peraturan British.
Tindak tanduk Birch dan kelibatnya tidak menyenangkan orang Melayu. Beliau juga mendapat tentangan dari Sultan Abdullah, yang pada masa itu merupakan Sultan Perak di bawah pemerintahan British.
Birch terus bertindak agresif dan mentadbir dengan bantuan polis untuk menakutkan orang. Dato Maharaja Lela and Datuk Sagor (Seri Agar), ketua Kampung Gajah membantah arahan dari Birch dan pegawainya.
Pada 1 November 1875, Birch dan kumpulannya sampai di Pasir Salak. Orang Melayu yang bersenjata ketika itu sudah berkumpul di tepi sungai berhampiran dengan bot Birch dan mengoyakkan semua surat arahan British yang ditampal. Mereka kemudian membaling lembing ke arah Birch dan menghumbankannya ke dalam sungai.
Birch dikatakan dibunuh ketika beliau sedang mandi (sesetengah pendapat lain mengatakan beliau sedang membuang air besar) di dalam tandas rakit di sebuah sampan pegawai British. Birch telah dibunuh dengan kerjasama Dato Maharaja Lela dan rakan-rakannya iaitu Datuk SagorSiputumPandak EndutLaksamana Mohamad AminNgah IbrahimNgah Jabor dan lain-lain. Beliau dibunuh di Pasir Salak pada 2 November 1875. Kerani Melayunya, Mat Arshad, turut terbunuh dalam peristiwa tersebut.
( Sumber: Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.)

Pintu gerbang masuk ke Kompleks Sejarah Pasir Salak

Sampai di sini...hujan pun turun




Terowong sejarah Pasir Salak berhadapan dengan  Sungai Perak




MENARA CONDONG TELUK INTAN

Menara Condong adalah sebuah menara jam yang terletak di Teluk IntanPerak. Ia menjadi mercu tanda bagi bandar Teluk Intan sejak beberapa lama. Keunikan menara ini adalah ia menyerupai Menara PisaItali. Menara ini dibina pada tahun 1885. Ia memiliki ketinggian setiggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, ia masih berdiri kukuh.
Menara ini sebenarnya merupakan takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat Jong. Bangunan tiga tingkat ini dilengkapi dengan jam besar. Kini menara ini tidak digunakan lagi dan hanya menjadi tarikan pelancong yang mengunjungi bandar Teluk Intan. Di bahagian bawahnya dihiasi dengan landskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga. Kini bangunan purba itu mendapat julukan Menara Condong kedua di dunia selepas Pisa di Itali.
{ Sumber : Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.}

happy face... orang belakang apa cerita  ??? hehehe




with my niece..aqeem


with my niece amier aizat

Then,..meneruskan perjalanan balik ke home sweet home. Alhamdulillah...inilah penutup kepada percutian untuk tahun ini. Panjang umur, ada peluang dan kesempatan kita jalan-jalan lagi.

Bye-bye...


No comments:

Post a Comment