Sunday, May 5, 2013

505 Selamat Mengundi PRU-13


Buat pertama kalinya dalam sejarah hidup, saya mengundi bersama-sama rakyat Malaysia yang lain untuk menentukan siapakah pemimpin yang layak menerajui negara. 
Sebelum ini ...??? Benar,tiada kesedaran...Alhamdulillah, kini telah bersedia. Proses hijrah dalam diri juga salah satu faktor yang amat membantu kesedaran ini. Thank you Allah...

Siapa jua yang bakal terpilih, sesungguhnya bukan kuasa yang kalian dapat..tetapi amanah dan kepercayaan rakyat. Peliharalah amanah itu sebaik mungkin...kerana ia bukan saja membawa kebaikan dunia malah akhirat.Insha Allah.

PadaMu Ya Allah, kupanjatkan doa semoga segalanya berjalan lancar,aman dan berilah kami pemimpin yang benar-benar layak memimpin negara bukan sekadar di dunia malah akhirat.

Salam Reformasi.





No comments:

Post a Comment