Sunday, March 24, 2013

Balik Kampung.

Kali ini saya bersama anak-anak sahaja. Dengan penerbangan MAS, kami selamat tiba di Kuala Terengganu petang tadi. Kemudian saya menyewa kereta proton Exora untuk diguna seminggu. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Cuma sedikit terkilan bila suami tidak dapat bersama kerana masih berada di luar negara dengan kerja yang masih banyak, memaksa dia tidak dapat bersama kami kali ini.Mujurlah anak-anak sentiasa faham...mungkin sudah biasa dari kecil ditinggal-tinggalkan....Yan bekerja mencari rezeki di benua orang...dan inilah harga yang perlu kami bayar.











Pemandangan sepanjang perjalanan dari airport ke rumah mak di Dungun...kiri kanan jalan dihiasi dengan biru hijau bendera...anak-anak gembira...seolah-olah ia satu pesta...pesta perang pilihanraya..


- Posted using BlogPress from my iPad.

Sunday, March 10, 2013

Pray For Sabah


Saat kita sedang lena dibuai mimpi yang indah, mereka di sana hidup dalam ketakutan. Semuanya angkara pencerobohan ke atas Lahad Datu, Sabah oleh sekumpulan tentera yang mengaku dari kesultanan Sulu.Saya sendiri tidak pernah menyangka, peristiwa ini membuatkan ketenangan hidup saya terganggu seketika. Setiap saat memikirkan mereka di sana, lebih-lebih lagi agak ramai rakan Sabahan yang pernah belajar bersama dulu dan ada di antaranya masih berhubung sehingga kini.
Selain mendapat maklumat daripada tv dan FB, saya berhubung terus dengan rakan-rakan di sana untuk mendapatkan kesahihan cerita. Setiap kali mendapat berita,setiap kali itu jugalah debaran di hati kian terasa.
Rupanya tuntutan Sulu ke atas Sabah yang pernah kami dengar sebelum ini, bukanlah omong kosong... sungguh ia kata yang mereka kota...datang dengan senjata...membunuh wira-wira Malaysia dengan kejamnya.

Benar saya jauh di Putrajaya, tapi hati tetap terasa...mungkin feeling 1 Borneo.

Saya hanya mampu berdoa semoga segalanya kembali aman...semoga rakyat Sabah dan Pasukan keselamatan kita dilindungi oleh Allah SWT ...Kerana doa itu juga satu senjata.