Sunday, January 27, 2013

Salam Maulidur Rasul



Mari sama-sama berselawatlah ke atas Rasulullah saw.

Friday, January 18, 2013

Risau...

Pagi ini dapat perkhabaran yang tidak enak untuk didengar dari Makcik Sapura (jiran sebelah)... Makcik memberitahu rumah Puan Aziah,  jiran sebelah makcik kena masuk orang dua hari lepas. Ketika kejadian Puan Aziah tiada di rumah dan waktu kejadian pulak ketika hari masih siang. Saya percaya perompak-pencuri ini memang sudah memerhatikan atau membuat study dulu sebelum memecah masuk ke rumah ini. Sungguh saya risau... proses memasang alarm dan CCTV di rumah belum siap lagi. Saat ini hanya mampu berdoa dan menyerah pada Allah agar dipelihara daripada perbuatan jahat manusia.
InsyaAllah petang ini saya ingin menziarahi Puan Aziah..

Tuesday, January 15, 2013

WHEN I SPEAK YOU LISTEN....



heboh diperkatakan tentang video ini sekarang... Alam maya biasalah...sana sini share...Sharing is caring..
Selamat menonton dan nilailah sendiri...

Peace..



Wednesday, January 2, 2013

Welcome 2013


Dua hari sudah berlalu di dalam tahun 2013. Hari ini hari pertama anak-anak pergi ke sekolah. Terasa sunyi dan sepi rumah bila mereka tiada. Mujurlah buat masa ini Encik hubby masih bercuti di rumah menemani saya. Alya naik ke tahun 5 dan masih kekal di kelas lamanya. Asma pulak naik ke tahun 4 dan layak masuk ke kelas pertama hasil keputusan peperiksaan nya yang cemerlang tahun lepas.bermakna tahun ini Asma belajar bersama rakan-rakan sekelas yang baru yang hebat-hebat belaka. Pastinya saingan sengit untuk Asma. Tapi saya percaya pada usaha. Usaha yang gigih pasti membuahkan hasil yang baik dengan izin Allah SWT. Anakanda hero bongsu pulak meneruskan pembelajarannya di tadika CIC . Sudah lama bercuti,pasti agak liat sikit semangat nak ke sekolah ...merengek sedikit pagi tadi, tapi mujurlah dapat dipujuk sebelum berada di depan tadikanya.

Disember 2012
Kesibukan dengan jadual bercuti  yg padat membataskan saya untuk update blog. Cuti kali ini saya ke Korea lagi.Pertama kali saya pergi pada penghujung Disember 2008. Walaupun ketika itu sudah masuk winter tetapi salji masih belum turun, cuma merasai kesejukkannya...Berlainan pulak kali ini, Saya pergi pada awal bulan Disember dan hari kedua di sana salji turun dengan banyak.

Seoul Tower



Gyeongbokgung Palace


Salji mula turun



Dalam masa 30 minit kawasan Gyeongbokgung Palace diputihi dengan salji.

Sekembali dari sana, percutian diteruskan di tanahair sendiri...kali ini abang saya yang datang dari Sarawak juga turut bersama. Perjalanan diteruskan ke Terengganu. Singgah rumah mak untuk dua malam. kemudian ke Kelantan untuk satu malam, dan balik semula ke Terengganu untuk majlis pertunangan adik ipar yang bongsu. Sebelum berangkat pulang ke Putrajaya, kami singgah di Johor melawat adik saya di sana. Alhamdulillah, perjalanan kami berjalan lancar sehinggalah abang sekeluarga berangkat  pulang ke Sarawak.


Pantai Teluk Bidara,Dungun Terengganu

Singgah nak tengok penyu
Majlis pertunangan adik Farihah

Makan seafood di Pantai Kelulut



Pantai Kemasik,Terengganu
                                         
Kota Bharu,Kelantan

Add caption



Bersama adik di Legoland,Johor.
 

Melawat tapak Bersejarah...Balai Polis Bukit Kepong dan menziarahi  pusara anggota Polis Bukit Kepong yang gugur semasa serangan komunis.

Alya Asma,Adib,lala and Akmal.

Akmal and Infazah

Bersama mak dan adik di dalam ICITY,Shah Alam.