Friday, May 11, 2012

Semoga Berjaya


Pagi jumaat yang indah...Alhamdulillah. 
Berkesempatan mengadap pc di rumah sementara menunggu masa untuk keluar mengambil anak-anak dari sekolah. Ujian PKSR 1 tamat hari ini...pasti satu kelegaan buat Alya dan Asma...dan sekarang mereka menunggu keputusan. Doa saya tidak putus-putus untuk kejayaan mereka. InsyaAllah dengan usaha gigih yang mereka pamerkan sebelum ini. Seperti biasa bila anak-anak menduduki peperiksaan, saya juga menjadi semakin sibuk..menyediakan soalan-soalan latihan untuk mereka. Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ramai guru di Malaysia ini yang sudi mendownload kertas-kertas soalan latihan. Saya print untuk anak-anak saya. Semoga Allah saja yang membalas jasa baik guru-guru ini...

Kelmarin jadual peperiksaan Kafa pulak keluar..dan akan di adakan next week...Nampaknya tiada hujung minggu lagi...harus berkerja keras...
Tiada jalan mudah untuk berjaya...