Friday, April 27, 2012

Khabar Duka



Dua minggu lepas kami sekeluarga tersenyum ceria...masing-masing berbalas panggilan telefon dan sms dengan adik dan isterinya yang berada di kampung saya nun jauh di Sarawak...apa tidaknya, sekembali saja mereka berdua dari Putrajaya selepas melawat saya, isterinya di sahkan hamil 5 minggu. Penantian 8 tahun mereka berdua berakhir....saya tumpang gembira.Bermacam- macam tips ibu mengandung saya ceritakan pada mereka berdua. Seolah-olah saya pakar...hakikatnya ramai lagi yang lebih pakar .

Semalam, adik call lagi....kayah keluar darah. Berhenti sekejap jantung saya berdegup...Ya Allah...Kali ini tiada tips...hanya kata semangat yang dapat saya beri pada mereka berdua. Dan hari ini doktor mengesahkan degupan jantung janin tiada kedengaran lagi....baru minggu lepas adik call dengan gembiranya bila doktor melakukan scan dan kedengaran bunyi jantung insan kecil di dalam....Ya Allah...
Janin terpaksa dikeluarkan...esak tangis adik dan isteri dalam telefon sudah cukup menggambarkan kesedihan hati mereka...penantian 8 tahun berkecai...
Belum rezeki lagi agaknya...Dia lebih tahu..

Saya hanya mampu mendoakan semoga mereka berdua tabah dengan ujian ini. Dia yang memberi, Dia juga yang mengambilnya semula...Segalanya milik Dia yang Maha Kuasa...kita hambanya hanya mampu bersangka baik pada setiap aturanNya...Dia lebih tahu...jangan berhenti berharap dan meminta padaNya, semoga ada rezeki lagi di masa akan datang.Amin.



Posted using BlogPress from my iPad