Wednesday, February 29, 2012

Ekspo Buku Islam Di Putrajaya




Alone again...Semalam menghantar suami ke Putrajaya Sentral. Dia pergi kerja lagi seperti biasa. Sebak dan sedih tak tertanggung rasanya, walau sudah sepuluh tahun kami bersama..sepatutnya ia adalah perkara biasa.

Dua hari lepas kami berdua meluangkan masa pergi ke ekspo buku Islam yang bertempat di presint 3, Putrajaya. Dari satu booth ke satu booth...rasanya seperti tidak cukup masa kerana kami terpaksa bergegas untuk balik ke rumah. Seperti biasa saya menyediakan pakaian Kafa untuk Alya dan Asma, turut menyediakan bekalan lunch mereka.Kemudian suami pun pergi ke sekolah .

Hari ini saya pergi lagi ke Ekspo tersebut. Orang sentiasa ramai.Terserempak dengan kanak-kanak dari CIC preschool...ternampak Akmal..hehe putera hati mama tersenyum simpul memandang mama.


Akmal Lutfi bersama rakan-rakannya.





















khusyuk nampak ...koleksi ana Muslim tu khas untuk Alya dan Asma.



Buku yang kami beli. Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat.

Ekspo ini akan berakhir pada hujung minggu ini. Insya Allah, rasanya nak pergi lagi,tapi kali ni nak bawa anak- anak sekali supaya mereka jadi juga jadi insan yang suka membaca.



- Posted using BlogPress from my iPad