Sunday, December 2, 2012

Kem Tahfiz & Intensif Al-Quran 2012

Program cuti sekolah ini adalah yang kedua bagi anak-anak saya sejak kami berpindah ke Putrajaya tahun lepas, cuma bezanya kali ini mereka ditemani sepupu kembar mereka Adib dan Lala yang datang bercuti di sini sepanjang cuti sekolah ini..Proram ini bermula dari jam 8 pagi dan berakhir jam 5 petang setiap hari ini kecuali sabtu dan ahad .
Program ini merupakan aktiviti tahunan Surau Al-Muhajirin Presint 9,Putrajaya. Saya amat berterima kasih kepada para pengajar yang komited dengan program sebegini.Insya Allah ia bakal melahirkan anak-anak yang sentiasa dekat dengan Al-Quran.


















Sabda Rasulullah s.a.w, bermaksud "bacalah Al-Quran sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat untuk memberi syafaat kepada para pembacanya".