Thursday, October 11, 2012

Anak-anak....

Kesibukan dengan urusan anak-anak yang bakal menghadapi exam semester kedua pada minggu hadapan agak membataskan saya untuk berlama-lama di hadapan laptop untuk menulis di sini. Menyemak latihan demi latihan dan duduk bersama mereka mengulangkaji adalah keutamaan saya pada masa ini. Minggu ini,Alya dan Asma menduduki ujian akhir tahun untuk KAFA. Minggu hadapan exam di sekolah pulak.Semoga mereka berdua dapat menjawabnya dengan baik. 

3hb Oktober yang lalu, genap 9 tahun usia puteri kedua saya, Asma Qayyimah.Tiada sambutan meriah untuknya,cukuplah saya membawanya makan malam di Shangrila Putrajaya. Semoga Asma mama menjadi anak yang solehah, patuh dan taat kepada Allah swt dan menjadi insan yang berilmu tinggi. 
Happy Birthday My Dear Asma
Akmal...mengingatkan si kecil ini, saya tersenyum sendiri...manakan tidak, sudah dua minggu Akmal tidak menangis . Biasanya Akmal akan menangis enggan berjauhan dengan saya bila di hantar ke tadika nya. Saya menggunakan taktik permainan kalah dan menang. Jika Akmal menangis bermakna Akmal kalah. Akmal tidak suka pada kekalahan. Ini sikapnya yang saya paling suka. Sedaya upaya akan menjadi pemenang. Daya saing yang tinggi. Syabas hero mama. Dan kini, setibanya di hadapan tadika, Akmal akan menyalami tangan saya... dan tidak lupa a kiss on the cheek and a big hug. WAJIB ! kemudian berjalan masuk dengan senyuman...senyuman kemenangan...hehehe.

No comments:

Post a Comment