Thursday, September 6, 2012

Weekend Getaway...Australia.

Day 1

Penerbangan Air Asia X berlepas meninggalkan Kuala Lumpur tepat pada masanya 11.55 malam. Destinasi pilihan kami kali ini ialah Perth. Penerbangan yang kami naiki tiba 15 minit lebih awal dari yang dijadualkan. Alhamdulillah..5.15 pagi tiba di Perth International Airport.

Namun pengalaman yang tidak dapat kami lupakan ketika hendak melepasi pemeriksaan kastam...kami dan bagasi diperiksa oleh anjing ! anak-anak ketakutan..mujurlah pemeriksaan itu tidak sampai 2 minit. Lega...

Memandangkan waktu subuh masih ada berbaki lagi so kami mencari bilik solat untuk menunaikan solat subuh. Berpusing juga kami mencari, akhirnya Allah permudahkan. Betul- betul berdekatan dengan kaunter-kaunter yang menyediakan perkhidmatan kereta sewa. Alhamdulillah,selesai urusan solat kami.







Holden Cruze, kereta yang kami sewa.




Bersama anak-anak di hadapan Perth International Airport

Setelah urusan solat dan menyewa kereta selesai, kami bergerak menuju ke Perth city. Suami yang ada pengalaman sebelum ini memandu di dalam bandar Perth memudahkan juga perjalanan kami. Memandangkan masa masih awal lagi, so kami mengambil keputusan untuk bersiar-siar di King's Park and Botanic Garden.Perth ketika ini berada pada penghujung musim sejuk. Matahari tetap memancarkan cahayanya namun kesejukkan masih lagi di rasa lebih-lebih lagi bila angin bertiup.




Boabab Tree






Bandar Perth dari atas King's park botanic garden






wild flower














Kanggaroo Paw






The Queen's Tree....Pokok River Red Gum ini yang ditanam oleh Queen Elizabeth 11 pada 27 mac 1954






My hero










Pioneer's women memorial



























Kemudian kami menuju ke Bell Tower. Salah satu tempat tarikan pelancong. Ianya terkenal dengan 18 loceng .Namun kami tidak bercadang untuk masuk ke menara tersebut.Hanya bersiar-siar di kawasan luar.




Bell Tower

Bergerak menuju ke South Perth untuk makan tengahari di Tina's kitchen yang dimiliki oleh rakyat melayu singapore. Menu untuk lunch hanyalah mee goreng,nasi ayam,kue teow goreng dan nasi beriani. Minuman pulak 2 cawan teh tarik, satu gelas milo air dan satu gelas ais lemon tea. Jumlah yang perlu dibayar ialah 50.50 Aust dollar bersamaan RM 176.75. Fuhhh...ternyata taraf hidup di bandar ini jauh lebih tinggi dari Malaysia.

Selesai urusan makan tengahari , kami pun check in di Assured Waterside Apartment yang tidak jauh dari Swan River..Pemandangan di sini sangat indah..Dari South Perth, kita boleh melihat bandar Perth. Apartment ini sememangnya suami sudah tempah awal-awal secara online termasuk bayaran sekali. Apartmen 2 bilik yang ada dapur,ruang makan dan ruang keluarga bersantai ini sungguh selesa untuk mereka yang berkeluarga seperti kami. Harga untuk 2 malam ialah 758 Aust dollar...




Di sinilah penginapan kami selama 3hari 2malam.







Bandar Perth boleh dilihat di sepanjang Swan River




Menikmati sunrise awal pagi di Swan River

Pada petang itu, kami pergi ke bandar Perth. Jalan-jalan cari souvenir.. Kereta kami parking di tempat khas dan kemudian kami berjalan kaki menyusuri Hay Street,Murray street dan London court...




Murray Street










London Court...di kiri kanannya terletak bangunan seakan di England. Di sini ada deretan kedai seperti cafe dan kedai yg menjual barang-barang cenderahati.






London court....dibina pada tahun 1937. Ianya terletak di jalan Hay Street Mall dan  St George Terrace.



Rasanya malam di sini lebih cepat terutama pada musim sejuk ini. Jam 6.30 petang, suasana mula beransur gelap. Hujan renyai-renyai mula turun menambahkan lagi kesejukkan yang sedia ada. Langkah Kaki dipercepat mencari restoren halal. Yang ada ditemui kebanyakkan restoren kebab dari turki. Malam itu kebab lah menu utama makan malam kami. Alhamdulillah..

Bila berjalan- jalan di dalam bandar Perth, saya teringat pada kunjungan kami ke New Zealand pada 3 tahun yang lalu. Tidak jauh bezanya...malahan terdapat pelbagai warga luar di sini.. ada yang bekerja, belajar dan menjadi penduduk tetap di sini.

Pemandu di sini juga amat berhemah. Peraturan jalan raya dipatuhi dengan baik.Habit memandu di Malaysia mesti dibuang jauh-jauh.

Satu perkara yang agak menarik ialah sikap penduduk Perth yang ramah . Kami temui beberapa orang yang sudi menawarkan diri mengambil photo kami sekeluarga..sungguh amat kami hargai.



Day 2

kami memandu ke bandar Freemantle. Salah satu bandar lama yang terkenal dengan Eshed market, freemantle market, Freemantle Habour, Freemantle Prison dan Maritime museum.Berpeluang menyaksikan Australia navy exhibition .

E Shed Market pula dikunjungi oleh ramai pelancong luar kerana harga souvenirnya yang jauh lebih murah dari bandar Perth. Terdapat juga peniaga yang berbangsa melayu Indonesia.




Old Town...Freemantle






Masih mengekalkan bangunan-bangunan lama










E shed Market...pusat tarikan pelancong membeli belah cenderahati, kerana harganya yang lebih murah dari bandar Perth.




Dalam E shed Market




Semalam kat bandar Perth,makan kebab...hari ni pun makan kebab lagi.






Menu tengahari..mix meat with bread. 






Beef Gozleme






Australia Navy Exhibition










Pameran Ikara Missile wih torpedo






periscope yang digunakan dalam Australia submarine.






Tidak berkesempatan untuk mengikuti tour pakej menjelajah ke dalam submarine ini kerana kami kesuntukkan masa.






My kids and torpedo


















Freemantle Prison ditutup pada tahun 1991 dan dibuka semula kepada orang ramai sebagai  tempat tarikan  yang bersejarah.






Dibina pada tahun 1850 oleh convict labour.






Mendengar penerangan tentang kisah hidup prisoner di sini.








Salah satu bilik penjara






Bilik kecil...mengikut jenis jenayah yang dilakukan.






Lukisan salah seorang banduan yang berbakat.






Perasaan yang tidak enak bila berada di dalam bilik ini.






Tidak dapat dibayangkan suasana sebenar pada ketika itu......

Pada sebelah petang, kami memandu ke sebuah bandar kecil Mandurah atau dikenali juga sebagai aquatic city.Di sini kita boleh melihat bot-bot mewah. Namun Disebabkan kami berangkat agak lewat dan perjalanan pulak satu jam dari south perth so kami tiba di Mandurah pada pukul 7 malam dan suasana sudah gelap. Bandarnya agak sunyi ketika itu. Banyak kedai-kedai yang sudah ditutup.









Day 3



Hari terakhir...penerbangan pulang pada jam 3.15 petang. Masih ada masa untuk bersiar-siar. Kami menuju ke Swan valley yang terkenal dengan kebun anggur yang luas. Buah anggur hanya akan berbuah pada awal musim panas. Jadi pada musim sejuk, kebanyakkan pokok anggur yang kami lihat hanyalah deretan pokok  tanpa daun dan buah.








Ladang anggur.






Kebun pokok-pokok citrus.






deretan pokok anggur di sepanjang jalan Swan Valley.




Dalam kedai coklat Margaret River. Salah satu tempat tarikan pelancong.










Makan tengahari,..take away dari kedai kebab Turkey yang halal.




Pemandangan dari dalam pesawat...meninggalkan bumi Perth yang indah.





- Posted using BlogPress from my iPad





3 comments:

  1. salam..

    nak tanya..nama saya iza...kalo di perth, bolehker baby under 12 month kite pegang @ pangku je dlm kereta??? sebab kami 5 dewasa + 1 baby n sewa kereta sedan sahaja..

    mcm rugi plak nak sewa kereta lebih besar...

    boleh reply to iza_102307@yahoo.co.uk

    ReplyDelete
  2. tumpang tnya, payment method utk car rental kt sna mcm mn? sbb dgr kata, diorg cuma terima krdt card...kt mn tempat yg terima cash??

    ReplyDelete
  3. Salam.nak share pengalaman ke perth.saya br pulang 3 hari lepas.dan merupakan kali ke 4 saya dan keluarga ke sana.ia adalah kerana kami sgt suka dgn perth dan tmpt kami menginap. Kami menginap di mahira holiday homes yg merupakan seorg malaysian muslim owner.beliau mempunyai 4 holiday bungalow dan alhamdulilah kami sudah mencuba ke empat2 holiday tersebut.kami amat berpuas hati kerana tmptnya sgt dkt dgn perth city,bersih,fully furnishhed dan amat berpatutan.anak owner tu ada dimsia.boleh contact cik siti 0123360098 . Fully equipped with kitchen n cooking facilities dan juga washer machine n dryer. Mereka juga ada kereta sewa utk in house guest.bonusnya mereka pick n drop off airport for freeowner dia pulak very friendly and humble.down to earth. memang superb lah service diaorg. rumah rumah mereka pun memang sgt dkt dgn kemudahan. memang berbaloi.caj yg dikenakan adalah AUD$220 weekdays dan $240 weekenduntuk 2 adults and 2 kanak kanak bwh 12 thn atau 3 adultsberbaloi kan? memang berpatutan. yg penting service dia memang superb!

    ReplyDelete