Thursday, August 9, 2012

Menunggu......


Tiba-tiba saya teringat...beberapa minggu yang lepas saya didatangi oleh pihak poslaju untuk menyerahkan bungkusan . Berkali-kali beliau memberi salam dan saya juga menjawab,tetapi mungkin tidak didengari sebab beliau menunggu di luar. Selepas saya memastikan aurat saya tertutup sempurna,saya pun membuka pintu. Agaknya beliau marah sebab saya lambat membuka pintu,lantas keluar ayat begini dari mulutnya "Nasib baik kak buka pintu,kalau tidak saya dah nak pergi tadi dah...." Saya tidak  menjawab tetapi dalam hati saya sedikit terkilan. 
Kenapa saya terkilan...sebab bagi saya, sebagai seorang Islam,dia seharusnya faham...untuk menghantar parcel atau surat kepada seorang wanita Islam di rumah, beliau kena ambil kira mungkin wanita itu dalam keadaan yang tidak menutup aurat so mungkin wanita itu sedang menukar pakaiannya. Apa salahnya,tunggu sebentar.
Perkara begini mungkin nampak remeh bagi sesetengah orang...malah mungkin ada yang berkata.."ala setakat nak buka pintu sekejap ambil bungkusan takkan nak tukar baju. dan pakai tudung juga". But the problem is...di neraka kelak kita tidak duduk sekejap...hanya kerana perkara yang kita anggap remeh itu, kita terpaksa menghuni neraka untuk bertahun-tahun lamanya.Ya Allah..tidak sanggup saya...walaupun saya tidak layak untuk syurga Allah,namun saya juga tidak sanggup ke neraka Nya.

Hari ini saya menunggu lagi di rumah. Saya menjangkakan yang kiriman yang sahabat saya kirim akan sampai kepada saya hari ini. Kali ini saya lebih bersedia. Di sisi saya sudah tersedia tudung dan jubah yang saya boleh pakai dalam masa tidak sampai seminit !!!

No comments:

Post a Comment