Sunday, August 12, 2012

Dugaan


Menerima emel darinya 2 hari lepas.....apa yang mampu saya kata. Sudah takdirnya begitu. Untuk kesekian kali. Saya dan anak-anak harus redha. Saya bangga memiliki anak-anak yang tabah seperti Alya dan Asma. Ayat mereka "it's ok mama...kita tak payah raya, kita stay saja di sini". Namun tidak sanggup pulak rasanya berada di Putrajaya ini di pagi raya. Di saat warga kota berpusu-pusu pulang ke kampung masing-masing, kami pula yang harus tinggal dalam kesunyian..

Penerbangan pulang ke Sarawak dari KL ke Sibu sudah penuh, akhirnya saya dan anak-anak dapat juga tiket biarpun  terpaksa pusing melalui Bintulu.Pada sebelah petangnya,barulah kami mengambil penerbangan pulang ke Sibu. Alhamdulillah.
Apa pun saya tetap terus berdoa,semoga segala urusan suamiku dipermudahkan di sana...dan sempat balik beraya bersama kami. Amin.

Thursday, August 9, 2012

Menunggu......


Tiba-tiba saya teringat...beberapa minggu yang lepas saya didatangi oleh pihak poslaju untuk menyerahkan bungkusan . Berkali-kali beliau memberi salam dan saya juga menjawab,tetapi mungkin tidak didengari sebab beliau menunggu di luar. Selepas saya memastikan aurat saya tertutup sempurna,saya pun membuka pintu. Agaknya beliau marah sebab saya lambat membuka pintu,lantas keluar ayat begini dari mulutnya "Nasib baik kak buka pintu,kalau tidak saya dah nak pergi tadi dah...." Saya tidak  menjawab tetapi dalam hati saya sedikit terkilan. 
Kenapa saya terkilan...sebab bagi saya, sebagai seorang Islam,dia seharusnya faham...untuk menghantar parcel atau surat kepada seorang wanita Islam di rumah, beliau kena ambil kira mungkin wanita itu dalam keadaan yang tidak menutup aurat so mungkin wanita itu sedang menukar pakaiannya. Apa salahnya,tunggu sebentar.
Perkara begini mungkin nampak remeh bagi sesetengah orang...malah mungkin ada yang berkata.."ala setakat nak buka pintu sekejap ambil bungkusan takkan nak tukar baju. dan pakai tudung juga". But the problem is...di neraka kelak kita tidak duduk sekejap...hanya kerana perkara yang kita anggap remeh itu, kita terpaksa menghuni neraka untuk bertahun-tahun lamanya.Ya Allah..tidak sanggup saya...walaupun saya tidak layak untuk syurga Allah,namun saya juga tidak sanggup ke neraka Nya.

Hari ini saya menunggu lagi di rumah. Saya menjangkakan yang kiriman yang sahabat saya kirim akan sampai kepada saya hari ini. Kali ini saya lebih bersedia. Di sisi saya sudah tersedia tudung dan jubah yang saya boleh pakai dalam masa tidak sampai seminit !!!