Wednesday, June 13, 2012

Jalan-Jalan Cuti Sekolah

Hari ini anak-anak memulakan persekolahan setelah dua minggu bercuti. Minggu pertama Alya dan Asma sibuk menghadiri Kem Tahfiz dari pagi sampai ke petang yang dianjurkan oleh Kafa Surau Al-Muhajirin Putrajaya. Minggu kedua,kami balik ke kampung mak di Terengganu bersama anak saudara saya Intan. Kesempatan ini kami ambil melawat ke Taman Tamadum Islam di Kuala Terengganu. Memang sungguh menyeronokkan kerana ini adalah pertama kali kami menjejakkan kaki di situ.Didalam Taman Tamadun Islam ini terdapat 23 buah monumen yang hebat dengan mengimbas kembali zaman kebangkitan Islam.

Di hadapan bangunan tempat menjual tiket masuk.

Kami menaiki buggy car beserta pemandu untuk pergi ke setiap monumen. Sambil memandu, beliau menerangkan serba sedikit latar belakang sejarah setiap monumen tersebut.

Masjid  Kudus Minar,Indonesia.
Dibina pada tahun 1549 oleh Sunan Kudus(Ja'far Shodiq). Rekabentuk masjid ini  bercirikan campuran Hindu  dan Jawa.Paling ketara adalah menaranya yang berbentuk seperti Chandi yang kebiasaannya ditemui di kawasan kuil Hindu.

Pattani Bentral Mosque,Thailand.
Dibina pada tahun 1954 semasa pemerintahan Fil Marshal Sarit. Masjid ini menyerupai Taj Mahal.Ia merupakan tumpuan utama penduduk Islam Thai dan menjadi pusat untuk upacara keagamaan.

Sultan Mosque,Singapore.
Terletak di kawasan Kampung Glam,Singapura.Merupakan asjid yang terpenting di negara itu dengan kubah emas .

Kalyan Minaret,Uzbekistan.
Menara ini telah dibina pada tahun 1127M oleh Arslan Khan. Menara yang diperrbuat daripada bata yang terbakar ini merupakan contoh gabungan kejuruteran awam dan rekaan senibina yang sempurna.

Taj Mahal,Agra,India
Maharaja Mughal kelima,Shah Jahan telah membina istana Taj Mahal bagi mengenang kisah cinta abadinya.Ia juga simbol kasih sayang terhadap isterinya ,Mumtaz Mahal.

Di hadapan Kubbah As-Sakhrah,Baitul Muqaddis,Palestine.
Dibina pada tahun 692M di bawah naugan Khalifah Umaiyah Abdul Malik ibn  Marwan.Ia menyemadikan batu suci di atas Gunung Mariah dan untuk memperingati perjalanan Nabi Muhammad SAW untuk bertemu Allah SWT dalam peristiwa Isra Mikraj.

Great Mosque of Samarra,Iraq
Masjid ini dibina semasa pemerintahan Khalifah Abassiyah Al-Mutawakkil pada abad ke 9. Berdiri dengan megahnya di dalam bandar tertua di dunia,salah satu keunikannya ialah menara berpusing yang terletak di bahagian utara masjid ini.

Abu Nasr Parsa,Afghanistan
Ianya adalah sebuah makam yang dibina pada abad ke 17 dalam gaya timurid.Antara ciri menarik makam berbentuk oktagon ini ialah dua tiang berpusing di hadapannya.Pembinaan makam ini adalah bagi mengabadikan jasa ahli teologi terkemuka iaitu Khwaja Abu Nasr Parsa.

Aleppo Citadel,Syria
Dianggarkan dibina pada abad ke 10 SM di atas sebuah bukit di Syria.Kota inimembuktikan kecanggihan teknologiumat Islam pada masa tersebut.
The Palace Of Al Hambra,Granada,Spain
Al-Hambra(tanah merah) merupakan istana purba dan kompleks kubu yang dibina di antara tahun 1238-1354M di bawah pemerintahan Mohammed bin Ahmar,raja Nasrid pertama.




Mosque of Mohammed Ali,Egypt
Juga dikenali sebagai Masjid Alabaster berikutan penggunaan bahan ini dengan banyak di dalam pembinaannya.Masjid ini dibina oleh Mohammed Ali yang pada zaman pemerintahannya dianggap sebagai zaman pembaharuan Mesir.

Great Mosque Of Agadez,Nigeria
Masjid ini diperbuat tanah yang dikeringkan. Dibina pada abad ke 16 pada zaman kegemilangan Agadez.
Ia mempunyai menara berbentuk piramid dengan 13 baris perancah kayu untuk mengukuhkan stukturnya.

Kul Sharif Mosque,Russia
Pernah dibiarkan musnah. pembinaan semula masjid ini dijalankan setelah kejatuhan Soviet Union.Ia merupakan sorotan 1000 tahun sejarah panjang Kazan dan rekabentuknya mengimbas kembali persekitaran bersejarah di zaman Kremlin.
Membelakangkan Kincir Air.
Kincir Air Taman Tamadun Islam dibina berdasarkan teori Al Jazari iaitu pakar mekanikal pada zaman keagungan Islam.Kincir Air ini mengandungi empat elemen utama yang dilabelkan menggunakan papan tanda putih hitam iaitu tempat menunggu,galeri,Kincir dan Jejambat.


Masjid Kristal,Terengganu
Terletak di dalam kawasan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan  Man Terengganu.Ia dibina dari kaca dan keluli.Selain tempat persinggahan Oarang ISlam untuk beribadat,ia juga adalah tarikan pelancong kerana sturuktur binaannya yang unik.

Sebenarnya masih ada beberapa monumen lagi yang ada tetapi tidak sempat saya ambil gambar kerana sesetengah monumen ada menyediakan bilik visual yang menerangkan latar belakang sejarah monumen tersebut. Malahan bilik pameran barang bersejarah juga turut dipamerkan. Mengambil gambar di dalamnya adalah tidak dibenarkan. Monumen lain ialah seperti Masjidil Haram Mekah, Masjid Nabawi,Madinah,Xian Mosque China,Qairawan Mosque Tunisia,Sulaiman Mosque Turki, dan lain-lain lagi.
Jika kawan-kawan datang ke Terengganu,singgahlah di Taman Tamadun Islam ini kerana di sinilah kita melihat sejarah keagungan Islam pada suatu masa dahulu.








No comments:

Post a Comment