Thursday, June 28, 2012

Jalan-Jalan Ke A famosa Resort.

Sabtu 23hb June 2012.
Hari yang indah dan cerah....Alhamdulillah..
Kami sekeluarga menuju ke Melaka.Tujuannya hanya satu...menuju ke a famosa resort.Penginapan sudah ditempah awal dengan pakej keluarga serta pilihan salah satu theme park. Kami memilih Animal world Safari. Manakala untuk water world dan cowboy town,kami kena beli tiket yang lain.

Menggembirakan hati mereka di hujung minggu


lunch dulu sebelum aktiviti yg seterusnya.....

sukanya mereka naik gajah

Water world 

air di sini berombak.

Acara sebelah malam....cowboy town...menyaksikan red indian show

Red Indian Show

Penutupan kepada red Indian show...bunga api yang cantik. 

Pagi ahad...sempat bagi ikan makan dulu sebelum berangkat pulang ke Putrajaya.




Wednesday, June 13, 2012

Jalan-Jalan Cuti Sekolah

Hari ini anak-anak memulakan persekolahan setelah dua minggu bercuti. Minggu pertama Alya dan Asma sibuk menghadiri Kem Tahfiz dari pagi sampai ke petang yang dianjurkan oleh Kafa Surau Al-Muhajirin Putrajaya. Minggu kedua,kami balik ke kampung mak di Terengganu bersama anak saudara saya Intan. Kesempatan ini kami ambil melawat ke Taman Tamadum Islam di Kuala Terengganu. Memang sungguh menyeronokkan kerana ini adalah pertama kali kami menjejakkan kaki di situ.Didalam Taman Tamadun Islam ini terdapat 23 buah monumen yang hebat dengan mengimbas kembali zaman kebangkitan Islam.

Di hadapan bangunan tempat menjual tiket masuk.

Kami menaiki buggy car beserta pemandu untuk pergi ke setiap monumen. Sambil memandu, beliau menerangkan serba sedikit latar belakang sejarah setiap monumen tersebut.

Masjid  Kudus Minar,Indonesia.
Dibina pada tahun 1549 oleh Sunan Kudus(Ja'far Shodiq). Rekabentuk masjid ini  bercirikan campuran Hindu  dan Jawa.Paling ketara adalah menaranya yang berbentuk seperti Chandi yang kebiasaannya ditemui di kawasan kuil Hindu.

Pattani Bentral Mosque,Thailand.
Dibina pada tahun 1954 semasa pemerintahan Fil Marshal Sarit. Masjid ini menyerupai Taj Mahal.Ia merupakan tumpuan utama penduduk Islam Thai dan menjadi pusat untuk upacara keagamaan.

Sultan Mosque,Singapore.
Terletak di kawasan Kampung Glam,Singapura.Merupakan asjid yang terpenting di negara itu dengan kubah emas .

Kalyan Minaret,Uzbekistan.
Menara ini telah dibina pada tahun 1127M oleh Arslan Khan. Menara yang diperrbuat daripada bata yang terbakar ini merupakan contoh gabungan kejuruteran awam dan rekaan senibina yang sempurna.

Taj Mahal,Agra,India