Tuesday, May 22, 2012

Tetamu

Kami berkenalan melalui website beliau Abaya Elegan...dan diikuti dengan facebook...kemudiannya saya singgah di blog beliau. Siapa sangka perkenalan maya itu akhirnya menemukan kami dan paling manis bila beliau sudi singgah bermalam di rumah saya ketika kunjungannya ke KL pada hujung minggu lalu.
Biarpun hanya semalam, banyak cerita yang kami kongsikan....



Orangnya kecil molek, manis dan cantik, secantik akhlaknya...
Beliau insan yang istimewa bagi saya kerana di awal perubahan atau hijrah diri saya, saya ditemukan oleh Allah SWT dengan tulisan-tulisan di blognya yang banyak memberi kesedaran.

Tetamu datang tetamu pergi..
dan ianya sungguh berbekas di hati.

Sehingga kita berjumpa lagi...Kakchik.


- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Post a Comment