Tuesday, May 22, 2012

Tetamu

Kami berkenalan melalui website beliau Abaya Elegan...dan diikuti dengan facebook...kemudiannya saya singgah di blog beliau. Siapa sangka perkenalan maya itu akhirnya menemukan kami dan paling manis bila beliau sudi singgah bermalam di rumah saya ketika kunjungannya ke KL pada hujung minggu lalu.
Biarpun hanya semalam, banyak cerita yang kami kongsikan....



Orangnya kecil molek, manis dan cantik, secantik akhlaknya...
Beliau insan yang istimewa bagi saya kerana di awal perubahan atau hijrah diri saya, saya ditemukan oleh Allah SWT dengan tulisan-tulisan di blognya yang banyak memberi kesedaran.

Tetamu datang tetamu pergi..
dan ianya sungguh berbekas di hati.

Sehingga kita berjumpa lagi...Kakchik.


- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, May 17, 2012

Bicara Dari Yang Faqir....

10.40 pagi, selesai semua urusan rumah...menyapu,menyidai baju dan memasak. Matahari masih belum muncul,  hujan lebat semalam menyejukkan bumi Putrajaya yang teramat panas beberapa hari ini. Alhamdulillah..hujan rahmat. Dan secara tidak langsung, bunga-bunga di laman rumah pun tidak perlu disiram pagi ini.

Jadi pagi ini saya berpeluang meng "update" kan lagi blog yang sudah lama terbiar sepi. Saya ingin menyentuh sedikit cerita tentang laman sosial facebook ataupun twitter. Kini, hampir setiap golongan lapisan masyarakat memiliki akaun facebook ini. dan yang paling menarik bila mana di wall facebook di penuhi dengan kata-kata semangat, motivasi, senda gurau dan dakwah. Cuma apa yang saya terkilan, jika anda sedang berdakwah,gunakanlah kata-kata yang baik. Kerana berkata yang baik-baik itu dituntut oleh Islam itu sendiri. Apalah ertinya sebuah dakwah,jika ia penuh dengan sindiran ingin mengenakan orang lain....seolah-olah menggambarkan diri seorang saja yang baik...Berpada-padalah wahai insan, matlamat anda tidak mungkin akan sampai kepada mereka yang dituju...malah ia boleh menjadikan hati yang keras menjadi semakin keras.
Menasihati orang lain,sama ertinya kita menasihati diri kita sendiri..Dan jika ingin dihormati,hendaklah kita dulu yang menghormati orang lain.
Semoga kita semua dijauhi dari sifat-sifat yang tidak baik ini.Mohon maaf jika saya tersalah bicara....i am really not good with words.

Friday, May 11, 2012

Semoga Berjaya


Pagi jumaat yang indah...Alhamdulillah. 
Berkesempatan mengadap pc di rumah sementara menunggu masa untuk keluar mengambil anak-anak dari sekolah. Ujian PKSR 1 tamat hari ini...pasti satu kelegaan buat Alya dan Asma...dan sekarang mereka menunggu keputusan. Doa saya tidak putus-putus untuk kejayaan mereka. InsyaAllah dengan usaha gigih yang mereka pamerkan sebelum ini. Seperti biasa bila anak-anak menduduki peperiksaan, saya juga menjadi semakin sibuk..menyediakan soalan-soalan latihan untuk mereka. Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ramai guru di Malaysia ini yang sudi mendownload kertas-kertas soalan latihan. Saya print untuk anak-anak saya. Semoga Allah saja yang membalas jasa baik guru-guru ini...

Kelmarin jadual peperiksaan Kafa pulak keluar..dan akan di adakan next week...Nampaknya tiada hujung minggu lagi...harus berkerja keras...
Tiada jalan mudah untuk berjaya...

Wednesday, May 2, 2012

Bunga-bunga Cinta...

Walau apa jua jenis rumah kita, yang pastinya tanpa bunga maka kuranglah serinya....entri kali ini hanya ingin berkongsi gambar-gambar bunga yang mula memenuhi di ruang luar dan laman rumah...Bunga-bunga cinta ...









menumpang teduh...

siti Zubaidah...klasik namanya.


dibeli kat nursery sungai buluh...bersama mak sewaktu kedatangan mak tempohari. cili ini sangat pedas.


anak pokok pisang ini kami bawa dari rumah lama kami di  Miri...ia akan membesar di Putrajaya. 

Add caption