Friday, April 27, 2012

Khabar Duka



Dua minggu lepas kami sekeluarga tersenyum ceria...masing-masing berbalas panggilan telefon dan sms dengan adik dan isterinya yang berada di kampung saya nun jauh di Sarawak...apa tidaknya, sekembali saja mereka berdua dari Putrajaya selepas melawat saya, isterinya di sahkan hamil 5 minggu. Penantian 8 tahun mereka berdua berakhir....saya tumpang gembira.Bermacam- macam tips ibu mengandung saya ceritakan pada mereka berdua. Seolah-olah saya pakar...hakikatnya ramai lagi yang lebih pakar .

Semalam, adik call lagi....kayah keluar darah. Berhenti sekejap jantung saya berdegup...Ya Allah...Kali ini tiada tips...hanya kata semangat yang dapat saya beri pada mereka berdua. Dan hari ini doktor mengesahkan degupan jantung janin tiada kedengaran lagi....baru minggu lepas adik call dengan gembiranya bila doktor melakukan scan dan kedengaran bunyi jantung insan kecil di dalam....Ya Allah...
Janin terpaksa dikeluarkan...esak tangis adik dan isteri dalam telefon sudah cukup menggambarkan kesedihan hati mereka...penantian 8 tahun berkecai...
Belum rezeki lagi agaknya...Dia lebih tahu..

Saya hanya mampu mendoakan semoga mereka berdua tabah dengan ujian ini. Dia yang memberi, Dia juga yang mengambilnya semula...Segalanya milik Dia yang Maha Kuasa...kita hambanya hanya mampu bersangka baik pada setiap aturanNya...Dia lebih tahu...jangan berhenti berharap dan meminta padaNya, semoga ada rezeki lagi di masa akan datang.Amin.



Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, April 24, 2012

Mak Datang....

Petang kelmarin mak sampai dari Dungun dengan ditemani adik farihah (adik ipar saya) Mak kata dia ambil cuti seminggu dari tok guru . Sejak ayah tiada, mak makin aktif dengan kelas belajar Al-Quran bersama rakan-rakan sebayanya...sekurang-kurangnya terisi masa lapang mak. Bukan mudah nak pujuk mak datang ke sini...kebetulan suami days off, jadi dialah yang memujuk mak.Alhamdulillah,mak sampai juga.
Hari ni, kami bawa mak ke area Sungai Buluh...jalan-jalan cari pokok bunga. Tempat kegemaran mak. Kebetulan saya juga pertama kali sampai di situ.Sempatlah snap gambar-gambar bunga.
































Sempat bergambar dengan mak dan adik sebelum balik...bersama bunga yang kami beli.





Posted using BlogPress from my iPad

Monday, April 2, 2012

CIC's Sport Day


31hb Mac 2012....Dengan pertolongan Allah SWT dan dipermudahkan oleh Nya melalui Garmin Navigator,akhirnya saya sampai juga di Stadium Titiwangsa yang terletak dalam Kuala Lumpur. Kalau nak diikutkan hati,saya tak akan memandu keluar sejauh ini dari Putrajaya sebab tidak biasa lagi dengan jalan-jalan dalam KL. Hari sukan Children Islamic School (CIC) Putrajaya diadakan di dalam stadium ini. Memang sungguh meriah sekali dengan gelagat anak-anak kecil.

Alya,Asma dan Akmal

Kata-kata semangat untuk anakanda tersayang

Kanak-kanak dan para guru CIC.

permainan sorting animal...membezakan antara wild and tame animal.

acara penutupan...game untuk kaum ibu...dapat berkenal-kenalan.

rubber straw...really enjoy the game.

We are the reds